Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all 22188 articles
Browse latest View live

Petua Hilangkan Batul Dan Gatal Tekak Dengan Cepat

$
0
0

Musim-musim panas tak menetu ni biasanya ramai kena sakit batuk dan sakit tekak kan. Kalau batuk biasa tu takpe. Ni jenis batuk, sakit tekak tambah pulak gatal-gatal tekak. Kekadang lama ambil masa nak sembuh. makan ubat pun tak jalan. Pernah 1 kali tu anak kena batuk.

Lama jugak la nak sembuh. Makan ubat farmasi pun tak jalan. Satu hari ternampak ada orang share tips tradisional. Cuba punya cuba akhirnya kurang sikit batuk anak. Terima kasih pada yang share tu. So alang-alang anak dah sembuh dari batuk, kita nak share pula dekat pembaca kita tentang cara hilangkan batuk ni pula.

Artikel pada kali ini kami ingin berkongsi kepada anda berkenaan dengan petua hilangkan batuk di rumah dengan mudah dan berkesan.

11 Petua Hilangkan Batuk Menggunakan Cara Tradisional

Dekat dapur je semua barang-barang ni. Banyak sebenarnya kebaikan barang-barang dapur yang kita tak tahu. ANtaranya untuk menghilangkan batuk tidak kiralah samada jenis batuk gatal atau batuk berkahak. Kalau tiada pun barang-barang ni boleh cari di kedai runcit atau pasaraya. Jom baca perkongsian kami kalini mengenai petua hilangkan batuk paling berkesan menggunakan barang-barang dapur sahaja.

Buah Kembang Semangkuk

buah Kembang Semangkuk

Kembang semangkuk, nama lain dia malva nut. Ada kandungan bassorin, bantu kurangkan radang pada sel badan anak. Selain dari meredakan batuk ia juga sesuai untuk meredakan demam.

Cara buat dia didihkan air kemudian letak 1 atau 2 biji kembang semangkuk. Biarkan ia mengembang dan warna air bertukar jadi warna seakan warna teh. Lepas tu boleh la kasi minum anak.

Hilangkan Batuk Dengan Asam Jawa

Hilangkan Batuk Dengan Asam Jawa

Asam jawa mempunyai sifat anti-histamin yang membantu dalam merawat masalah selsema, batuk, dan alahan asma.

Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam.

Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati. Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.Jangan guna air sejuk atau tambah ais ye.

Telur Asin

telur asin hilangkan batuk berkahak

Siapa yang tidak kenal telur asin. Selain sedap dimakan bersama nasi, ia juga berfungsi untuk merawat batuk. Jika anda atau anak anda ada batuk-batuk, berilah makan telur asin 2 kali sehari. Boleh dimakan dengan nasi atau makan begitu je. InsyaAllah akan sembuh dari batuk lepas beberapa hari.

Sirih

petua hilangkan batuk kering sirih

Jika salah seorang dari keluarga anda ada yang menghidap batuk berdarah, cubalah resepi ni.

Ambil daun sirih yang baru sebanyak 25 helai. Pege sebesar ibu jari, lada hitam 7 biji, cekor sebesar ibu jari dan gula tebu 7 auns. Rebus semua bahan ni sehingga mendidih. Lepas dah sejuk ambil sesudu dan minum sebanyak 3 kali sehari.

Daun Kekabu

Ambil 5 tangkai daun kekabu dan cuci bersih. Ramas daun tersebut dengan air sehingga berbuih. Kemudian buang buih dan minum air tersebut. Minum tiap-tiap pagi sebanyak satu gelas. InsyaALLAH batuk anda akan hilang.

Hilangkan Batuk Dengan Kunyit

masakan kunyit untuk batuk

Jika batuk bertambah teruk dan tambah pulak gatal tekak sekali, cuba cara menggunakan kunyit. Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi. Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa dah cukup.

Limau Kasturi

Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih. Caranya ialah limau kasturi tersebut potong dua kemudian letak kicap. Lepastu hisap je limau tu. Bukan sahaja elok untuk merawat batuk malah sakit tekak sekali. Jadi kalau ada sakit tekak tu pun boleh cuba cara ni.

Garam

Pergi je ke dapur dan cari garam. Isikan garam tersebut dalam air suam. Takyah banyak dalam setengah sudu besar je garam tu cukup. Kacau sampai sebati. Lepastu minum air garam tu da n kumur. Jangan telan pulak. Ni khas untuk mereka yang batuk-batuk dngan sakit tekak sekali.

Minyak aromaterapi

Essential oil atau lebih dikenali sebagai minyak aromaterapi oleh kebanyakkan orang dihasilkan daripada tanaman dan minyak tumbuh-tumbuhan yang berbau harum.

ia juga sesuai untuk dijadikan petua hilangkan batuk. Kalau ada yang tengah batuk tu, sapukan minyak aromaterapi ni di dada dan belakang badan.

Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Dengan Madu Dan Air

Hilangkan Batuk dan Gatal Tekak Dengan Madu Dan Air

Madu mempunyai sifat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu mengurangkan iritasi serta mempercepatkan proses penyembuhan.

Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja. Minum sebelum tidur supaya tidak batuk time tengah malam. Biasa kalau batuk malam-malam ni perit nak tidur balik.

Air Suam

Ni cara paling mudah nak hilangkan batuk. Minum air suam banyak-banyak tapi jangan sampai kembung pulak. Janga minum air sejuk. Nanti bertambah teruk pulak batuk tu.

Kita batuk kerana kurang air dalam badan. Bagi yang batuk berkahak tu, minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

Cara ini juga sesuai untuk hilangkan batuk pada waktu malam lagi-lagi time nak tidur. Sediakan sebotol air dan letak di tepi. Bila batuk je terus minum air suam tersebut.

Penutup

Sekian sahaja cara-cara tradisional untuk hilangkan batuk dengan cepat. Tapi sekiranya batuk anda masih berlanjutan dan tidak sembuh selepas menggunakan salah satu cara di atas, digalakkan terus berjumpa doktor.

Sebelum anda menggunakan cara hilangkan batuk menggunakan cara tradisional tu pastikan anda tiada alahan tertentu dengan barang-barang tersebut. Nanti takut lain jadinya. Batuk yang tidak elokk, penyakit lain yang datang.

Semoga perkongsian kami kali ini mengenai petua hilangkan batuk dengan bahan tradisional dapat menyembuhkan penyakit batuk anda. Semoga semua informasi dan ilmu pengetahuan yang diberikan ini bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.


Rukun Nikah dan Syarat Sah Nikah Dalam Islam

$
0
0

Perkahwinan adalah salah satu ibadah dan ianya merupakan asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara.

Dalam Islam, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah mengetahui akan syarat-syarat, rukun-rukun dan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan agar ikatan perkahwinan yang dibina sah di sisi Syarak dan undang-undang.

Rukun Nikah Dalam Islam

Rukun nikah adalah sesuatu yang harus ada untuk menentukan sah atau tidaknya suatu perkahwinan tersebut.

Rukun nikah dalam Islam ada lima iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali, saksi, ijab dan qabul. Tak cukup satu tak sah nikah ye. Berikut merupakan detail terperinci mengenai syarat sah nikah dalam Islam.

Syarat sah nikah dalam Islam

rukun nikah

Syarat-Syarat Bakal Suami

  • Islam
  • Lelaki
  • Bukan mahram dengan bakal isteri
  • Bukan lelaki yang sedang dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan kerelaan sendiri (tidak sah kalau pihak lelaki dipaksa)
  • Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
  • Tahu yang bakal isterinya itu boleh dan sah dinikahi
  • Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa.

Syarat-Syarat Bakal Isteri

  • Islam
  • Bukan seorang khunsa
  • Perempuan yang tertentu
  • Bakal isteri tidak dalam keadaan idah
  • Bukan perempuan yang dalam ihram haji atau umrah
  • Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis)
  • Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
  • Bukan isteri orang atau masih ada suami

Syarat-Syarat Wali

  • Adil
  • Islam
  • Baligh
  • Lelaki
  • Merdeka
  • Tidak fasik, kafir atau murtad
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah
  • Waras – tidak cacat akal fikiran atau gila
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
  • Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya

Detail wali ni kami akan terangkan dalam artikel selanjutnya ye. Kerana ada beberapa jenis wali menurut Islam.

Syarat-Syarat Saksi

  • Islam
  • Lelaki
  • Baligh, bukan anak-anak
  • Berakal, bukan orang gila
  • Merdeka, bukan budak
  • Dua orang wali sekurang-kurangnya
  • Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
  • Dapat mendengar, melihat dan bercakap (tidak buta, bisu atau pekak)
  • Adil (Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

Syarat ijab dan qabul

Ijab membawa maksud ucapan penyerahan yang diucapkan wali (dari pihak perempuan) atau wakilnya sebagai penyerahan kepada pengantin laki-laki.

Contoh lafaz ijab: “Hai Ali aku nikahkan dan aku kawinkan kamu dengan Ryda binti Aḥmad dengan mas kawin sebanyak (jumlah mas kahwin) tunai”

Sedangkan qabul pula ucapan pengantin laki-laki atau wakilnya sebagai tanda penerimaan.

Contoh: Ucapan qabul, “Aku terima nikahnya ryda binti ahmad dengan maskawin tersebut tunai”

Bagi orang bisu sah perkawinannya dengan isyarat tangan atau kepala yang boleh dipahami.

Ucapan ijab dab qabul ni mesti berterusan tanpa terputus. Kalau terputus dan diputuskan oleh tok kadi tidak sah maka kena lafaz sekali lagi.

Syarat sah ijab

  • Dilakukan dengan perkataan nikah atau perkataan yang membawa maksud yang sama.
  • Tidak dikaitkan dengan tempoh masa yang tertentu.
  • Bukan dilakukan secara taklik.
  • Tidak boleh menggunakan perkataan yang berupa atau membawa maksud berkias atau menyindir.
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya.

Syarat Sah Qabul

  • Bersesuaian dengan lafaz ijab
  • Diucapkan secara nyata, terang dan jelas.
  • dilafazkan oleh calon suami atau wakilnya (atas sebab tertentu).
  • Haruslah menyebut nama calon isteri
  • Tidak dilafazkan secara taklik
  • Lafaz tidak boleh diselangi dengan perkataan lain
  • Diucapkan oleh pengantin lelaki

Lafaz Taklik Nikah

Lafaz taklik adalah lafaz (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Kebiasaannya di dalam perkahwinan yang dilangsungkan di Malaysia, terdapat lafaz takliq di sijil nikah yang mengikat pihak suami dan isteri.

Selepas bacaan doa, pengantin lelaki perlu membaca lafaz taklik yang diberikan oleh imam. Jika suami atau isteri melanggar syarat taklik ini, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan.

Salah satu tujuan lafaz taklik ini adalah untuk melindungi kaum wanita. Takliq nikah ini bukan saja-saja dibuat bahkan untuk menghindari daripada berlakunya kemudaratan kepada pihak-pihak di dalam perkahwinan tersebut.

Soalan dan Jawapan

Adakah akad nikah terbatal jika saya atau jurunikah tersalah menyebut nama ayah?

Sebuah perkahwinan dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut. Rujuk Mufti WP

Sah atau tidak akad nikah tanpa bersalaman ketika akad nikah berlangsung

Tidak bersalaman ketika menyebut lafaz akad nikah adalah sah disisi syarak. Ini kerana syarat sah lafaz akad nikah hanya dengan menyebut lafaz ijab dan qabul dan bersertakan kalimah kahwin atau nikah sahaja. Rujuk Mufti WP

Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?

Perbuatan solat sunat selepas akad nikah bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik.
Rujuk Mufti WP

Baca juga

Kelebihan Bacaan HasbunAllah Wanikmal Wakil dan Maksud

$
0
0

Kalimah zikir HasbunAllah Wanikmal Wakil diambil dari ayat Al-Quran dari Surah Ali-Imran ayat 173 dan juga Surah Al-Anfal ayat ke 40. 

Surah Ali Imran ayat 173

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

Allazina qaala lahumun-naasu innan-naasa qad jama’ụ lakum fakhsyauhum fa zaadahum iimaanaw wa qaalụ ḥasbunallaahu wa ni’mal wakil

Maksudnya : Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: 

“Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”

Surah Al Anfal ayat 40

وَاِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ مَوْلٰىكُمْ ۗنِعْمَ الْمَوْلٰى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

Wa in tawallau fa’lamuu annallaaha maulaakum, ni’mal-maulaa wa ni’man-nasir

Maksudnya: Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

HasbunAllah wanikmal wakil dalam Arabic dan Rumi Serta Makna

Hasbunallah

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

HasbunAllah wanikmal wakil nikmal maula wanikman nasir

Maksudnya: “Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong kami.

Kelebihan Membaca Dzikir HasbunAllah

Sesiapa yg mendengar zikir ni semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT semoga segala urusan anda dipermudahkan saya doakan anda semua menjadi insan yg berjaya didunia dan di akhirat kelak . semoga anda dapat tempuhi segala ujian dengan tabah insyaallah

  1. Menenteramkan Hati

Membaca HasbunAllah wanikmal wakil membuat hati kita menjadi tenteram. Hati yang gundah dan galau akan terkikis.

  1. Meningkatkan Keimanan

Iman adalah keyakinan dan kepercayaan kepada Allah, nabi, kitab, dan sebagainya. Dengan membaca HasbunAllah wanikmal wakil akan meningkatkan keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

  1. Meningkatkan Ketakwaan

Asal konsisten membaca HasbunAllah wanikmal wakil, maka kita akan dianugerahi kesanggupan mengamati dan menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Sehingga kualiti keimanan dan ketakwaan kita pun akan mengalami peningkatan.

  1. Semakin Membuat Rendah Hati

Rendah hati adalah suatu kondisi hati yang meniscayakan kelapangan dan kepatuhan yang total kepada Allah SWT. Orang rendah hati biasanya memiliki sikap hidup yang ramah, lembut, bersahaja, tidak egois, dan tidak mudah gundah.

  1. Semakin Takwa Kepada Allah SWT

Tawakal adalah bentuk penyerahan diri dengan sepasrah-pasrahnya kepada Allah SWT.

Dengan membaca zikir HasbunAllah wanikmal wakil sebanyak-banyaknya maka kita akan dihiasi cahaya ketawakkalan yaitu adanya keyakinan ihwal satu-satunya tempat bergantung yang tidak lain adalah Allah SWT.

Ketika seseorang sudah tawakal, maka dia tidak mudah risau oleh apapun termasuk masalah rezeki. Segala bentuk cobaan sepenuhnya dipasrahkan dan diserahkan kepada Allah SWT semata. Tidak kepada yang lain, apalagi kepada diri sendiri.

Sumber: Bazli Channel

Jom dengar apa kata Ustaz Wadi Anuar mengenai zikir HasbunAllah wanikmal waki

Beza HasbunAllah dan Hasbiyallah

HasbunAllahCukuplah Allah menjadi Penolong kami (plural)
sesuai untuk dibaca oleh imam mewakili makmum.
HasbiAllahCukuplah Allah menjadi Penolong ku (singular)
sesuai dibaca sendiri

Nak baca mana satu pun boleh. Tiada masalah. Membawa maksud yang sama, wallahu’alam

Amalan Zikir HasbunAllah

Amalan zikir HasbunALLAh ini amat baik dijadikan seabgai zikir harian. Dengan zikir ini kita dapat mengingati Allah sepanjang waktu samada gembira, sedih, susah dan senang.

Amalkanlah zikir HasbunAllah Wanikmal Wakil ini ketika sedang mengalami kesusahan atau kesedihan dan nescaya Allah SWT akan menolong hambanya ketika kita amat memerlukan pertolongan dariNYA.

Maksud Afiyah atau Afiah Menurut Pejabat Mufti WP

$
0
0

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Al Afiyah, Afiyah atau afiah adalah keselamatan atau kesejahteraan pada agama daripada segala fitnah, pada badan daripada segala penyakit-penyakit sama ada penyakit hati atau sebagainya dan kepada pada ahli keluarga dan harta daripada segala bala dan musibah. Pengertian ini adalah bedasarkan beberapa definisi atau pengertian di bawah.

Berikut merupakan beberapa makna al Afiyah menurut beberapa ulama seperti Imam Al Nawawi, Syeikh Al Munawi dan Syeikh Al Mubarakfuri.

وَقَدْ كَثُرَتِ الْأَحَادِيثُ فِي الْأَمْرِ بِسُؤَالِ الْعَافِيَةِ وَهِيَ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْعَامَّةِ الْمُتَنَاوِلَةِ لِدَفْعِ جَمِيعِ الْمَكْرُوهَاتِ فِي الْبَدَنِ وَالْبَاطِنِ فِي الدِّينِ وَالدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Kata Imam al-Nawawi (676 H): “Terlalu banyak hadith-hadith disarankan agar berdoa memohon ‘afiyah (kepada Allah SWT) dan ia (lafaz ‘afiyah) adalah satu lafaz-lafaz yang umum dan terkandung di dalamnya menolak segala perkara yang tidak baik pada badan dan batin pada agama sama ada di dunia dan juga di akhirat.”

Kata Syeikh al-Munawi (1031 H), al-‘Afiyah adalah keselematan (kesejahteraan) daripada penyakit-penyakit dan bala. Ia juga menghimpunkan di antara dua kesejahteraan iaitu di dunia dan agama. Selain itu, ‘Afiyah akan menolak penyakit-penyakit dunia yang ada di hati dan juga yang berada di badan.

Menurut Syeikh al-Mubarakfuri (1353 H) makna al-‘Afiyah adalah benteng Allah kepada hamba-Nya. Maka orang yang memohonnya adalah seseorang yang sedang memohon pemeliharaan daripada Tuhannya di atas setiap yang diniatkan itu.

Memahami Makna Afiyah

Kita selalu mendengar perkataan sihat wal ‘afiyah. Namun adakah kita mengerti bahawa perkataan ‘afiyah mempunyai makna yang luas dan merangkumi banyak perkara.

Menurut Bahagian Dakwah Jakim, Pada suatu hari, Sayyidina Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: “Ya Rasulullah, ajarkanlah doa,” katanya.
Nabi (ﷺ) berkata: “Wahai bapa saudara saya, bacalah :
‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الْعَافِيَة

Bacaan Rumi: Allahumma inni asaluka al-‘afiyah
Maksudnya: (Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).
Apa maksud ‘Afiyah?
‘Afiyah bermaksud :
“Untuk menyelamatkan kita daripada sebarang kesusahan yang menimpa.”

Untuk menjadi sihat, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai anak-anak kita dilindungi, kita berada dalam ‘afiyah.
Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.

Jadi, pada asasnya ‘Afiyah bermaksud:
“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan.” Ini termasuk didunia dan akhirat.
Pendek kata, ‘afiyah meliputi segala keselamatan dan kesejahteraan zahir dan batin, urusan duniawi dan ukhrawi, perkara dunia dan agama, jasmani dan rohani, luaran dan dalaman.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:
“Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar.”
Nabi (ﷺ) berkata: “Bapa saudaraku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk ‘Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah doa yang mudah.”

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan, kesedihan, bahaya dan jangan Engkau menguji aku dan lain-lain yang berat.”
Semua ini termasuk dalam “Allahumma inni asaluka al-‘afiyah” (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Sungguhpun doa ini amat pendek namun ia merangkumi banyak kebaikan dalam pelbagai aspek.
Nabi Muhammad (ﷺ) berkata: “Sampaikan daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.”
Semoga bermanfaat

Maksud Afiyah Pada Nama Anak

Nama Afiyah biasanya diberikan pada nama anak perempuan. Antara beberapa nama tersebut ialah Afiyah Mariam, Afiyah Izzati, Intan Afiyah dan sebagainya. Afiyah dalam nama tersebut semuanya membawa maksud yang sama. Maksud nama Afiyah dalam Islam ialah sihat, selamat.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga

    Niat Puasa Asyura dan Tasu’a, Amalan dan Kelebihan

    $
    0
    0

    Sedar tak sedar, kita telah pun masuk tahun baru Islam, 1 Muharram pada 19 Julai 2023 yang lepas.

    Antara amalan sunat yang dilakukan pada bulan Muharram oleh Rasulullah SAW adalah berpuasa pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan puasa Asyura.

    Kelebihan Bulan Muharram

    Di antara kelebihan bulan ini seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran adalah berdasarkan firman Allah S.W.T yang berikut:

    puasa hari asyura

    إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

    Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya);

    Surah al-Taubah (36)

    Menurut hadis Rasulullah SAW, bulan Muharram juga termasuk di antara bulan-bulan haram selain bulan Zulkaedah, Zulhijjah, dan Rejab.

    السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

    Maksudnya: Dalam setahun itu ada dua belas bulan dan di antaranya adalah empat bulan haram. Tiga bulan yang berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram serta bulan Rejab yang berada di antara Jamadil Akhir dan juga Syaaban.

    Riwayat al-Bukhari (184)

    Justeru, dua nas di atas jelas menunjukkan bahawa bulan Muharram dimuliakan kerana ia termasuk dalam kalangan empat bulan haram yang mana diharamkan untuk berperang pada bulan-bulan haram serta ianya sangat dihormati dari sudut amalan soleh di dalamnya menjadi besar ganjarannya manakala dosa dan maksiat juga turut menjadi lebih besar di dalam bulan-bulan haram.

    Galakan Berpuasa Dalam Bulan Muharram

    Pada bulan Muharram, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan berpuasa sunat. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

    أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ صَلاَةٌ مِنَ اللَّيْلِ

    Maksudnya: Seafdhal-afdhal puasa setelah bulan Ramadhan adalah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram dan sesungguhnya solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam (Qiyamullail).

    Riwayat Abu Daud (2429)

    Ada juga sebuah hadis yang menceritakan berkenaan seorang lelaki yang telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan ? Maka jawab baginda S.A.W:

    إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

    Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

    Riwayat al-Tirmizi (741)

    Dari dua hadis tersebut, jelas menunjukkan yang berpuasa pada hari Asyura di bulan Muharram adalah sunat. Jadi, rebutlah peluang untuk berpuasa pada hari yang disunatkan dan semoga semua amalan kita diterima Allah SWT.

    Anjuran Puasa Sunat Pada 9, 10 dan 11 Muharam

    Walaupun dianjurkan berpuasa pada 10 Muharam, sangat dianjurkan untuk diiringi dengan berpuasa pada hari sebelum atau selepas untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharam.

    Hal ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda:

    صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

    Maksudnya: Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

    Riwayat Ahmad (2154)

    Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas R.anhuma, kata Nabi S.A.W:

    لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

    Maksudnya: Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 (Muharram).

    Riwayat Muslim (1134)

    Demikian juga ketika Nabi S.A.W memerintahkan untuk berpuasa pada hari ‘Asyura, maka para sahabatnya berkata: “Wahai Rasulullah S.A.W, sesungguhnya ia adalah hari yang mana golongan Yahudi dan Nasrani membesarkannya”. Maka Rasulullah S.A.W menjawab:

    فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ – إِنْ شَاءَ اللَّهُ – صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ

    Maksudnya: Apabila datangnya tahun hadapan Insha Allah kita akan berpuasa pada hari yang ke sembilan.

    Riwayat Muslim (1134)

    Menerusi hadis ini, jelaslah bahawa puasa sunat pada Hari ‘Asyura perlu diiringi dengan puasa sunat pada 9 atau 11 Muharram bagi menyelisihi amalan Kaum Yahudi.

    Bagi tahun 2023, Hari Tasu’a adalah pada 9 Muharram (27 Julai Khamis) dan Hari Asyura pada 10 Muharram (28 Julai Jumaat)

    Tasu’a (تاسوعا) bermaksud “Hari Kesembilan” Muharram iaitu hari sebelum Asyura yang disarankan berpuasa oleh Rasulullah SAW.

    Cara Niat Puasa Sunat Hari Tasu’a dan Hari Asyura


    Disebakan puasa Hari Tasu’a dan Hari Asyura hukumnya sunat, maka niat puasanya boleh dilafazkan bermula malam hari sehingga sebelum waktu matahari tergelincir iaitu sebelum masuk waktu Zuhur.

    puasa asyura

    Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a

    نَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى

    Bacaan Rumi : Nawaitu Sauma Tasu’a Sunnatal Lillahita’ala

    Maksud : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Tasu’a Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

    Lafaz Niat Puasa Asyura

    نَوَيْتُ صَوْم عشرسُنَّة لله تَعَالى

    Bacaan Rumi : Nawaitu Sauma Asyura Sunnatal Lillahita’ala

    Maksud : “Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala”

    Jadi marilah kita, merebut peluang ini untuk melakukan amal ibadah ini, dengan harapan dan doa agar dosa-dosa kita dihapuskan Allah S.W.T.

    Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    Bantuan Kerajaan: Bantuan Khas RM300 Penjawat Awam, RM200 Pesara

    $
    0
    0

    Umumnya kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan.

    Terdapat pelbagai bantuan kerajaan diberikan pada rakyat Malaysia. Bantuan ini samada untuk pekerja kerajaan, pekerja swasta mahupun pesara akan mendapat manfaatnya.

    Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara

    bantuan khas kerajaan

    Pada 27 Julai 2023 yang lalu, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM300 kepada pekerja kerajaan di bawah gred 56 ke bawah termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak dan RM200 kepada pesara kerajaan.

    Bantuan khas ini telah diumumkan Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebanyak 2.3 juta iaitu 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara akan mendapat manfaat dari bantuan khas yang diberikan oleh kerajaan ini.

    Bagi pesara kerajaan, bantuan sebanyak RM200 adalah untuk pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

    Menurut Ku Azmi Ku Ibrahim, 59 yang telah memberitahu Harian Metro, bantuan RM200 itu amat bermakna untuk golongan pesara sepertinya.

    Jumlah Bantuan

    bantuan khas penjawat awam
    • Bantuan sebanyak RM300 akan diberikan kepada pekerja kerajaan di bawah gred 56 ke bawah termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak.
    • Bantuan sebanyak RM200 akan diberikan untuk pesara kerajaan, termasuk
      • pesara berpencen
      • penerima pencen terbitan
      • pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
      • pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen
      • veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

    Cara Mohon Bantuan Khas Kerajaan

    Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan agar dapat meluluskan dan menyalurkan bantuan khas ini dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

    Bantuan khas kerajaan yang akan memanfaatkan lebih 2.3 juta penjawat awam dan pesara itu bakal disalurkan dalam tempoh dua minggu.

    Anda boleh melihat pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI di video youtube di bawah.

    Soalan Lazim (FAQ)

    Bantuan khas kerajaan ini untuk siapa?

    Bantuan khas ini untuk pekerja kerajaan gred 56 ke bawah dan juga pesara kerajaan

    Saya pesara tapi belum menerima pencen, adakah saya layak?

    Anda layak mendapat bantuan khas RM200 seperti yang telah diumumkan

    Bagaimana cara nak mohon bantuan kerajaan ini?

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengedarkan surat dalam masa terdekat

    Siapakah yang tidak layak memohon bantuan khas dari kerajaan ini?

    Perkara ini akan dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat.

    Baca juga

    Bantuan Pesara Kerajaan: Bantuan Khas Aidilfitri RM350

    $
    0
    0

    Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan pesara sebanyak RM350 sempena Aidilfitri. Bantuan Khas Aidilfitri ataupun BKKA adalah bantuan hari raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan pesara kerajaan.

    bantuan kerajaan aidilfitri

    Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM350 kepada pesara Kerajaan dimana bayaran akan dibuat pada 17 April 2023.

    Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA)

    Untuk pengetahuan pesara kerajaan, bantuan khas tahun 2023 telah dinaikkan sebanyak RM100 menjadikan RM350 berbanding bantuan khas kepada pesara semepena Aidilfitri pada tahun 2022 sebanyak RM250.

    Bantuan kerajaan bagi pesara ini adalah untuk pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

    Pesara yang bersara atas dasar penswastaan atau pengkorporatan juga layak dibayar BKKA sekiranya mereka adalah penerima pencen.

    Kelayakan Pesara Menerima Bantuan Khas Aidilfitri

    Pesara Kerajaan yang menerima pencen di bawah undang-undang pencen/Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan FaedahFaedah Lain) 1982 yang bersara pada atau sebelum 17 April 2023 bagi semua gred di dalam

    • Perkhidmatan Awam Persekutuan (termasuk Polis Diraja Malaysia) dan Negeri
    • Perkhidmatan Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan
    • Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia
    • Pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan
    • Pekerja (KWSP) yang bersara daripada perkhidmatan awam apabila mencapai opsyen umur persaraan paksa (55/ 56/ 58/ 60 tahun) atau bersara Atas Sebab Kesihatan (ASK)

    Penerima pencen yang layak menerima BKKA Tahun 2023 adalah seperti berikut

    • Penerima pencen terbitan
    • Penerima pencen orang tanggungan
    • Penerima elaun tanggungan
    • Penerima elaun bersara
    • Penerima elaun bersara terbitan

    kesemua jenis pesara diatas adalah layak menerima bantuan kerajaan khas Aidilfitri ini sebanyak RM350.

    bantuan kerajaan pesara BKKA

    Mengikut Surat Edaran: JPA.800-3/2/4(24), sekiranya pesara atau yang telah menerima pencen tetapi dilantik semula secara Tetap, Sementara atau COS dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 adalah layak dibayar BKKA Tahun 2023 sebanyak RM700.00.

    Walau bagaimanapun, pembayaran sebanyak RM350.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan bakinya RM350.00 akan dibayar oleh jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat.

    Tarikh Bantuan Pesara

    Bantuan untuk pesara kerajaan ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank selewat-lewatnya pada 17 April 2023. Namun, Kerajaan telah bersetuju tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) Tahun 2023 kepada pesara kerajaan diawalkan kepada 14 April 2023.

    Cara Mohon Bantuan Pesara BKKA

    Tiada permohonan diperlukan dan bayaran khas ini akan diberikan dan akan dikreditkan ke akaun penerima gaji pada 14 April 2023.

    Soalan Lazim (FAQ)

    Adakah pesara atau penerima pencen yang tidak bermastautin di Malaysia layak menerima BKKA Tahun 2023?

    Pesara kerajaan yang bermastautin di luar negara LAYAK menerima bantuan BKKA

    Berapakah jumlah bayaran BKKA yang akan diterima oleh pesara kerajaan?

    Bayaran khas Aidilfitri yang akan diterima oleh pesara adalah sebanyak RM350

    Untuk info lanjut mengenai bantuan khas Aidilfitri ini, anda boleh rujuk

    Baca juga

    Bantuan Kerajaan: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

    $
    0
    0

    Kerajaan di bawah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Bantuan Warga Emas atau Bantuan Kesejahteraan Orang Tua.

    bantuan warga emas

    BWE untuk warga lanjut usia telah dinaikkan dari RM350 sebulan seorang kepada RM500 sebulan seorang berbanding dengan belanjawan terdahulu.

    Warga emas atau warga lanjut usia hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu sebelum memohon bantuan ini.

    Bantuan Warga Emas

    Bantuan warga emas merupakan salah satu inisiatif atau usaha pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam membantu golongan warga emas di Malaysia yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan.

    Bantuan kerajaan khusus untuk warga emas ini telah mengalami peningkatan sebanyak RM150 menjadikan RM500 sebulan di bawah Belanjawan 2023.

    Bantuan BWE ini diberikan oleh JKM (sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat) kepada warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

    Di Malaysia, orang tua atau warga emas ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “World Assembly On Ageing 1982” di Vienna.

    Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
    4. Warga emas yang bukan tinggal di:
      i. Institusi kendalian JKM; atau
      ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma

    Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

    Cara Permohonan Bantuan Warga Emas

    Pengendalian permohonan bantuan kewangan untuk warga emas ini boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

    Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

    Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

    Borang Permohonan Bantuan Warga Emas

    Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk mengisi borang di bawah. Blogr ada selitkan sekali link untuk muat turun bagi memudahkan sesiapa yang nak mohon. Bagi sesiapa yang berkenan, boleh download borang di bawah ye.

    Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan)
    Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan)
    Dokumen Sokongan

    Antara dokumen sokongan yang perlu di bawa ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ataupun mana-mana JKM ialah

    • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada)
    • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan

    Soalan Lazim (FAQ)

    Jika saya sudah berumur 65 tahun, adakah saya layak memohon Bantuan Warga Emas?

    Boleh, namun tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Dengan siapa saya boleh hubungi untuk pertanyaan lanjut?

    Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan bantuan warga emas, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

    Adakah status Pemastautin Tetap (PR) layak memohon?

    Bantuan kewangan JKM tidak layak dipertimbangkan kepada pemohon yang berstatus Pemastautin Tetap (PR).

    Baca juga


    Bantuan Suri Rumah i-Suri KWSP RM480 Cara Mohon dan Syarat Kelayakan

    $
    0
    0

    i-Suri merupakan satu inisiatif khas daripada kerajaan untuk bantuan suri rumah yang merangkumi suri rumah, balu, dan ibu tunggal yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih).

    bantuan suri rumah

    Mereka yang berdaftar akan layak untuk menerima sumbangan bantuan kerajaan sebanyak RM480 setahun kepada bayaran caruman sebanyak RM5 sebulan di dalam akaun KWSP.

    Antara kelebihan kepada mereka yang mencarum i-Suri KWSP ialah

    • Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
    • Dapat menerima dividen tahunan KWSP
    • Mendapat bantuan kematian sebanyak RM2500

    Tujuan i-Suri adalah bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan juga dalam pembangunan negara.

    Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan i-Suri

    Berikut adalah syarat dan kriteria kelayakan bersama untuk pendaftaran i-Suri KWSP:

    • Warganegara Malaysia
    • Suri rumah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Negara (eKasih) setakat 30 November 2019.
    • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
    • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR) dimana wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih.
    • Belum capai 60 tahun. Sekiranya lebih umur boleh cuba mohon bantuan warga emas dari kerajaan

    Mereka yang layak dan memenuhi syarat-syarat dan kelayakan boleh membuat pendaftaran sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

    Semakan Kelayakan Bantuan Suri Rumah

    semakan bantuan suri rumah

    Suri rumah boleh menyemak nama mereka di pengkalan eKasih secara online di laman web eKasih di https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan dengan memasukkan no kad pengenalan.

    Sekiranya nama anda tiada dalam sistem eKasih, sistem tersebut akan keluar seperti gambar di bawah dan bertulis No. KP (87080808xxxx) tidak wujud di dalam Sistem eKasih.

    bantuan i-suri

    Sekiranya nama tiada dalam eKasih, surirumah boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

    Mereka yang berkenaan juga boleh membuat pendaftaran melalui telefon, surat, e-mel rasmi, membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).

    Cara Mendaftar i-Suri

    Pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara.

    Selepas mendaftar sebagai ahli KWSP, suri rumah hendaklah membuat caruman minimum sebanyak RM5 setiap bulan ke dalam akaun simpanan persaraan bagi melayakkan menerima insentif Kerajaan sebanyak RM40 setiap bulan yang akan dimasukkan ke dalam akaun KWSP mereka.

    Tarikh Terima Bantuan i-Suri

    Ahli i-Suri boleh menyemak akaun mereka secara dalam talian, melalui Kios KWSP atau di mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

    Sumbangan i-Suri akan dikreditkan ke Akaun KWSP sebanyak dua kali setahun bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember.

    Suri rumah yang menerima i-Suri juga akan menikmati manfaat yang sama sebagaimana ahli KWSP yang lain iaitu

    • Dividen tahunan ke atas simpanan persaraan
    • Pengeluaran Simpanan KWSP
    • Bantuan Hilang Upaya
    • Bantuan Kematian

    Cara Mendaftar iSuri

    Bagi kumpulan yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih sehingga 30 Jun 2018, pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-SURI boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.

    Kepada suri rumah yang layak, anda boleh membuat pendaftaran i-Suri dengan mengisi borang berikut

    Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar i-Suri adalah

    • MyKad
    • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
    • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

    Kemudian bawa segala dokumen di atas ke kaunter KWSP yang berdekatan.

    Maklumat Lanjut

    eKasih

    Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000.

    i-Suri KWSP

    Sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di new.epf.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara untuk pertanyaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP.

    Soalan Lazim (FAQ)

    Bagaimana cara pembayaran insentif Kwsp iSuri?

    Pihak KWSP akan memasukkan insentif ini setiap 6 bulan sekali secara berkala mengikut fasa

    Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)? 

    KIR adalah ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.

    Macam mana nak tahu suri rumah tersebut layak atau tidak mohon i-Suri?

    Salah satu kriteria suri rumah untuk layak menerima Bantuan Suri Rumah i-Suri ialah telah mendaftar di dalam sistem e-Kasih.

    Baca juga

    Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bagi Bulan Julai 2023

    $
    0
    0

    Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menawarkan pelbagai program bantuan kerajaan untuk mereka yang berkelayakan.

    Dekat sini kami senaraikan beberapa bantuan kerajaan Malaysia Madani untuk bulan julai 2023 kepada mereka yang berkelayakan.

    Antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan pada penduduk Malaysia ialah

    • Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023
    • Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi dan Bas
    • Bantuan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara
    • Bantuan kredit e-tunai sebanyak RM100

    Sumbangan Asas Rahmah

    bantuan kerajaan Sumbangan Asas Rahmah SARA

    Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 pada 17 Julai 2023 yang lalu.

    Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan sebagai tambahan, lebih 200,000 penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-Kasih layak menerima bantuan kerajaan STR ini.

    Syarat-Syarat Kelayakan SARa

    Penerima STR yang layak iaitu dari SARA dikenalpasti berdasarkan data Miskin Tegar eKasih dan berstatus lulus STR 2023. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

    • Warganegara Malaysia
    • Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan

    Detail maklumat Bantuan STR ini boleh ke: https://blogr.my/sara-sumbangan-asas-rahmah/

    Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi dan Bas

    Bantuan Lesen Memandu e-Hailing

    Kerajaan juga baru-baru ini di bawah Kementerian Pengangkutan telah menawarkan 4,000 lesen PSV secara PERCUMA kepada golongan B40.

    Dengan peruntukan yang bernilan RM2 juta, golongan B40 kini dapat meraih manfaat miliki Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara percuma menerusi program MyPSV.

    Kuota permohonan bagi program ini adalah seramai 4,000 orang peserta sahaja

    • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
    • PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta

    Permohonan untuk program Bantuan Lesen ini dibuka mulai 3 Julai 2023 sehingga mencapai had kuota permohonan.

    Syarat Kelayakan
    • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ek atas
    • Lulus pemeriksaan kesihatan (JLJL8A)
    • Bebas senarai hitam JPJ, PDRM dan Mahkamah
    • Pemohon lesen vokasional PSV (e-hailing/teksi) haruslah memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D/DA
    • Pemohon lesen memandu vokasional PSV (Bas BTM melebihi 7500kg) haruslah memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas D sekurang-0kurangnya satu tahun atau CDL kelas E

    Bantuan Kerajaan khas RM300 penjawat awam, RM200 pesara

    Bantuan Khas Penghargaan

    Kerajaan juga baru-baru ini turut mengumumkan bantuan kerajaan berbentuk pemberian bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

    Bantuan khas penghargaan sebanyak RM200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan, termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

    Syarat Kelayakan Bantuan Penghargaan Khas
    • Gred 56 dan ke bawah
    • Pesara kerajaan

    Detail maklumat bantuan ini boleh ke https://blogr.my/bantuan-khas-penghargaan-penjawat-awam-pesara/

    Bantuan Kredit e-Tunai Sebanyak RM100

    Bantuan Kredit e-Tunai kerajaan

    Pihak kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan bantuan kerajaan berbentuk kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

    Bilangan penerima yang layak untuk menikmati program ini dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

    Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kredit e-Tunai
    • Rakyat Malaysia
    • Berumur 21 tahun ke atas
    • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.

    Bantuan Kredit e-Tunai RM100 Untuk B40, M40

    $
    0
    0

    PMX telah bersetuju untuk menawarkan Bantuan Kerajaan iaitu Bantuan Kredit eTunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

    PMX berkata berkenaan bantuan eTunai ini ketika berucap di Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    Dalam ucapan yang sama juga PMX turut mengumumkan bantuan khas kepada penjawat awan dan juga pesara kerajaan.

    Inisiatif kredit eTunai dengan dana sekitar RM1 bilion ni dijangka dapat membantu lebih dari 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas, termasuk golongan B40 dan M40.

    Inisiatif bantuan kerajaan dalam bentuk kredit e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.

    Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan Kredit e-Tunai

    Bantuan kerajaan Kredit e-Tunai

    Untuk berkelayakan menerima program bantuan kerajaan e-Tunai ini ialah

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 21 tahun ke atas
    • Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

    Sekiranya anda menepati ketiga-tiga di atas mungkin anda layak menerima kredit RM100 e-Tunai tersebut. Apapun kami akan update informasi terkini berkenaan dengan bantuan kerajaan ini.

    Permohonan e-Tunai RM100

    Setakat ini masih belum diumumkan secara rasmi, bilakah bantuan e-tunai berjumlah RM100 seorang ini bakal ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang layak.

    Sebarang maklumat berkenaan tarikh pembayaran akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Maklumat lanjut akan kami kemaskini sekiranya terdapat maklumat lanjut.

    Platform Kemasukan e-Tunai RM100

    Antara platform di Malaysia yang menjadi pilihan untuk penerimaan e-Tunai ini ialah

    • Boost
    • Setel
    • Touch N Go
    • Grabpay
    • ShopeePay
    • Bigpay

    Apapun pihak blogr akan update platform mana yang akan menjadi pilihan etunai tersebut.

    Malumat Lanjut Kredit eTunai

    Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, anda boleh layari laman website rasmi Kementerian Kewangan Malaysia.

    Soalan Lazim (FAQ)

    Siapakah yang layak mohon bantuan etunai ini?

    Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

    Kalau saya tiada ewallet macam mana?

    Sila daftar e wallet terlebih dahulu bagi melayakkan menerima bantuan kerajaan e-tunai ini

    Baca juga

    Inisiatif Bantuan Lesen Memandu e-Hailing, Teksi & Bas MyPSV

    $
    0
    0

    Kebajikan dan kesejahteraan penggiat sektor ekonomi terutamanya B40 yang terlibat dalam e-hailing tidak dilupakan oleh kerajaan. Bantuan kerajaan secara percuma kepada golongan ini adalah dalam bentuk bantuan lesen memandu iaitu Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV).

    Inisiatif Kerajaan Perpaduan ini disalurkan menerusi Program MyPSV untuk golongan B40 adalah salah satu inisiatif daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Program MyPSV

    Program MyPSV adalah untuk memperkasa kumpulan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing, teksi dan bas(BTM > 7500kg).

    bantuan lesen memandu

    MyPSV juga bertujuan untuk membuka peluang kepada golongan B40 untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan dalam bidang perkhidmatan awam dan pelancongan.

    Program MyPSV ini adalah 100% bantuan dari kerajaan dan ditanggung sepenuhnya dimana peserta akan dibiayai untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Vokasional Kelas Perkhidmatan Awam (PSV).

    Peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Belanjawan 2023 diberikan dan akan memanfaatkan sekurang-kurangnya 4,000 calon di seluruh negara dimana 3,500 untuk ehailing dan juga teksi manakala 500 lagi untuk bas.

    • PSV E-Hailing/Teksi – 3,500 Peserta
    • PSV Bas (BTM > 7,500 kg) – 500 Peserta

    Mereka yang dapat manfaat ini terdiri daripada golongan B40 yang juga mendapat bantuan Kredit e-Tunai dimana selama ini terbeban kerana kos untuk mendapatkan lesen tersebut sangat tinggi.

    Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Lesen Memandu

    Program MyPSV

    Berikut merupakan syarat-syarat penyertaan program MyPSV bagi tahun 2023 untuk golongan B40 yang berminat memohon bantuan kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan ini

    E-hailing dan Teksi

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 21 tahun dan ke atas
    • Memiliki Lesen Memandu Malaysia(LMM) kelas D/DA
    • Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
    • Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)

    Bas (BTM > 7,500kg)

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 21 tahun dan ke atas
    • Lulus pemeriksaan kesihatan (JPJL8A)
    • Bebas senarai hitam (JPJ/PDRM/Mahkamah)
    • Pemohon bagi Lesen Vokasional PSV (Bas dengan BTM) melebihi 7,500 kilogram mestilah memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D (sekurang-kurangnya 1 tahun) atau CDL Kelas E

    Golongan B40 yang ingin mendapatkan bantuan lesen memandu dari kerajaan ini juga perlu menduduki Kursus Teori Vokasional, Latihan dan Ujian Praktikal (merangkumi litar dan jalan raya) setara dengan ketetapan sedia ada.

    Cara Memohon MyPSV

    • Permohonan MyPSV boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan Google Form
    • Dokumen yang diperlukan bagi permohonan MyPSV:
      • Salinan Kad Pengenalan
      • Salinan Lesen Memandu Malaysia
      • Laporan Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A) beserta pembuktian resit pembayaran oleh pihak hospital/klinik
    • Sila hubungi pihak urus setia MyPSV melalui e-mel mypsv@jpj.gov.my untuk sebarang pengemaskinian maklumat permohonan setelah permohonan dikemukakan
    • Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia melalui surat dan e-mel
    • Pemohon yang tidak menerima tawaran dalam tempoh empat (4) minggu selepas permohonan dikemukakan adalah dianggap gagal
    • Rayuan tidak dibenarkan bagi permohonan yang gagal

    Tarikh Tutup Program MyPSV

    Bagi mereka yang berminat boleh membuat permohonan sekarang melalui google form di atas. Kuota penyertaan akan ditutup sepenuhnya apabila 4,000 peserta telah penuh.

    Pemohon Yang Berjaya ke Program MyPSV

    1. Kos yurang adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Antaranya ialah latihan, amali, ujian dan lesen.
    2. Kos pengangkutan ke tempat memandu adalah di bawah tanggungjawab peserta dan tidak termasuk dalam pakej bantuan dari kerajaan ini.
    3. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
    4. Peserta dikehendaki mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
    5. Tempoh yang diberikan adalah selama 5 bulan. Sekiranya gagal, peserta dikehendaki membayar ganti rugi yuran pembiayaan yang telah ditanggung oleh kerajaan seperti yang termaktub dalam surat akujanji yang ditandatangani sewaktu menyertai program ini.
    6. Tujuan surat aku janji tersebut adalah bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

    Maklumat Lanjut Program Bantuan Lesen Memandu

    Sebarang pertanyaan mengenai Program MyPSV boleh dikemukakan ke

    • mypsv@jpj.gov.my
    • 03 8892 8714 / 03 8892 8693

    Untuk info dan pertanyaan lanjut, para peserta boleh refer Program MyPSV.

    Soalan Lazim MyPSV (FAQ)

    Bolehkah saya ambil kedua-dua lesen bas dan juga e-hailing?

    Peserta hanya boleh memilih salah satu sahaja

    Ada elaun diberikan semasa mengikuti program bantuan kerajaan ini?

    Tiada elaun diberikan kepada peserta

    Adakah pemeriksaan kesihatan ditanggung oleh kerajaan?

    Pemeriksaan kesihatan adalah dibawah tanggungjawab peserta.

    Baca juga

    eBelia Rahmah RM200 Cara Mohon dan Tebus Guna eWallet

    $
    0
    0

    Kini Kerajaan Madani di bawah pimpinan PMX telah melancarkan Bantuan Kerajaan untuk para belia di luar sana yang diberi nama eBelia Rahmah.

    Bantuan Kerajaan ini menawarkan kredit eBelia Rahmah berjumlah RM200 seorang dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun serta semua mahasiswa yang berkelayakan.

    ebelia rahmah

    Program eBelia ini bertujuan untuk terus memupuk budaya pembayaran cashless dalam kalangan belia selain meringankan beban kewangan golongan belia dan pelajar IPT sepenuh masa.

    Program eBeliaRahmah ini adalah merupakan satu inisiatif Kerajaan Madani yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.

    Program e-Belia Rahmah ini dijangka akan memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia yang berkelayakan menerusi tawaran kredit eBelia Rahmah bernilai RM200 seorang yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.

    e-Dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).

    Tempoh Pendaftaran dan Tuntutan eBelia Rahmah

    Belia yang layak boleh mula mendaftar dan menuntut eBelia Rahmah ini mulai 8.00 pagi pada tarikh 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.

    Kredit RM200 yang dapat dalam ewallet pula boleh dibelanjakan sehingga 31 Ogos 2023.

    Syarat Kelayakan eBelia Rahmah

    Sebelum ini eBelia hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun sehingga 20 tahun sahaja namun kerajaan telah memanjangkan bantuan kepada para pelajar IPT yang layak. Antara syarat kelayakan eBelia Rahmah ini ialah

    • Warganegara Malaysia
    • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005) atau
    • Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023, tanpa had umur di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut (yang dirujuk sebagai Kementerian Pengawal):
      • Kementerian Pendidikan Tinggi;
      • Kementerian Pendidikan;
      • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan;
      • Kementerian Pertahanan;
      • Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah;
      • Kementerian Belia dan Sukan;
      • Kementerian Sumber Manusia;
      • Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; dan
      • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

    Pemohon akan disemak dengan institusi pendidikan yang berdaftar untuk mengelakkan penipuan.

    Cara Memohon eBelia

    Permohonan eBelia Rahmah boleh dibuat melalui apps ewallet iaitu

    • Boost
    • Setel
    • Touch ‘n Go eWallet

    Ketiga-tiga ewallet ini dipilih kerana mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian.

    Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia Rahmah sekali sahaja walau menggunakan berlainan ewallet.

    Cara Mohon eBelia Rahmah Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

    Berikut adalah langkah memohon eBelia Rahmah menggunakan TNG

    Langkah 1
    langkah 1 ebelia tng

    Pilih paparan “eBeliaRahmah”

    Langkah 2

    Pilih “Claim Now”

    Langkah 3

    Pilih “Verify Now”

    Langkah 4
    langkah 4 e-beliarahmah tng

    Pilih jenis ID anda samada kad pengenalan atau passport

    Langkah 5
    langkah 5 e-belia rahmah tng

    Imbas bahagian depan ID anda

    Langkah 6

    Ambil “selfie” anda

    Langkah 7
    langkah 1 e-tunai belia tng

    Pastikan butiran anda adalah betul dan klik “Continue”

    Langkah 8

    Isikan butiran anda dan klik “Submit Now”

    Langkah 9
    langkah 9 etunai rahmah tng

    Permohonan anda telah berjaya dihantar

    Langkah 10
    langkah 10 etunai rahmah tng

    Anda akan menerima notiffikasi samada permohonan diluluskan ataupun sebaliknya

    Jika berjaya
    permohonan ebelia rahmah berjaya

    Anda akan melihat kredit tersebut dalam wallet Touch ‘n Go anda

    Cara Mohon eBelia Rahmah Menggunakan Boost

    Berikut adalah cara mohon eBelia Rahmah menggunakan boost

    1. Langkah 1
    langkah 1 ebelia boost

    Tuju ke “eBeliaRahmah for Youths”. Klik pada banner untuk ke halaman eBeliaRahmah.

    1. Langkah 2
    ebelia rahmah boost

    Mulakan Tuntutan. Klik pada butang “eBeliaRahmah”

    1. Langkah 3
    etunai rahmah boost

    Lengkapkan butiran pihak yang menuntut. Lengkapkan butiran yang disenaraikan bagi permohonan tuntutan anda.

    1. Langkah 4
    e-belia tunai rahmah boost

    Hantarkan Tuntutan Anda. Isikan informasi yang diperlukan pada portal rasmi eBeliaRahmah dan hantarkan tuntutan anda untuk pengesahan

    1. Langkah 5
    e-tunai belia rahmah boost

    Tahniah! Tuntutan Anda Telah Berjaya!. Anda akan dimaklumkan melalui aplikasi Boost mengenai status tuntutan anda. Setelah berjaya, segala ganjaran akan diberikan ke dalam aplikasi untuk anda nikmati

    Cara Untuk Menuntut Kredit eBeliaRahmah Melalui Setel

    Lihat pada gambar cara untuk claim ebelia melalui setel aplikasi

    EBELIARAHMAH SETEL

    Soalan Lazim (FAQ)

    Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?

    Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.

    Saya merupakan peruncit luar talian yang tidak mempunyai fasiliti pembayaran e-dompet.
    Bolehkah penerima eBeliaRahmah berbelanja di premis saya?

    Tidak. Oleh itu, semua peruncit digalakkan menyertai platform e-dompet atau menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow agar penerima eBeliaRahmah boleh berbelanja kredit eBeliaRahmah mereka di kedai anda.

    Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah?

    Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan

    Download FAQ ebelia Rahmah disini: FAQ e-Belia

    Baca juga

    84 Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Individu dan Keluarga

    $
    0
    0

    Pelbagai bantuan kerajaan 2023 di bawah belanjawan Madani 2023 telah dibuat untuk membantu individu mahupun keluarga yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan serta membantu rakyat lagi-lagi mereka yang terkesan akibat dari penularan covid-19.

    Berikut adalah senarai bantuan kerajaan 2023 untuk individu dan keluarga yang merangkumi pendidikan dan latihan, bantuan kewangan, kesihatan, pekerjaan dan pendapatan, perlindungan golongan rentan serta perlindungan sosial.

    senarai bantuan kerajaan

    Sebagai contoh, Kak Jijah berumur 61 tahun ada 2 orang anak. Pekerjaan menoreh getah. Seorang masih belajar di IPT manakala seorang lagi menjadi suri rumah. Suaminya Pak Samad pula seorang OKU yang tak boleh bekerja. Mereka berdua sudah berdaftar dengan ekasih. Jadi dekat sini apa bantuan dari kerajaan yang boleh kak jijah dapat?

    Antara bantuan yang Kak Jijah dan keluarganya boleh dapat ialah

    • eBeliaRahmah untuk anak dia yang belajar di IPT
    •  Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sebab Kak Jijah pekebun getah
    • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) untuk suaminya
    • Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) sebab jaga suaminya
    • Bantuan warga emas sebab pendapatan bawah PGK
    • Program Jualan Rahmah (PJR) bagi mendapatkan barang dapur yang murah
    • Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    • Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
    • Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN bagi anaknya yang dah tamat pengajian
    • dan banyak lagi untuk manfaat Kak Jijah dan keluarganya.

    Punya la bagus kerajaan sekarang ni yang tidak ingin lagi rakyat dia terbeban dengan susahnya kehidupan lagi-lagi selepas pandemik.

    Berikut adalah senarai bantuan kerajaan samada untuk individu mahupun keluarga.

    skim bantuan kerajaan

    • Bantuan Pendidikan dan Latihan Untuk Individu dan Keluarga
    • Bantuan Kewangan Untuk Individu dan Keluarga
    • Bantuan Kesihatan Untuk Individu dan Keluarga
    • Bantuan Pekerjaan dan Pendapatan Untuk Individu & Keluarga
    • Bantuan Perlindungan Golongan Rentan Untuk Individu dan Keluarga
    • Bantuan Perlindungan Sosial Untuk Individu dan Keluarga

    Bantuan Kewangan Untuk Individu dan Keluarga

    Berikut merupakan senarai bantuan kewangan oleh kerajaan untuk individu dan keluarga

    Nama BantuanTarikh Permohonan 2023
    eBeliaRahmahPermohonan Dibuka
    Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023Permohonan Dibuka
    Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023Permohonan Dibuka
    Pelepasan KebankrapanPermohonan Dibuka
    Subsidi Yuran Pengasuhan TaskaPermohonan Dibuka
    LPPSA – Pelan Penyelesaian Hutang (DSP)Permohonan Dibuka
    Pas Bulanan My50Permohonan Dibuka
    Pas Transit myBAS50Permohonan Dibuka
    SPNB – Program Rumah Mesra RakyatPermohonan Dibuka
    Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)Permohonan Dibuka
    Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)Permohonan Dibuka
    Bantuan Kanak-Kanak (BKK)Permohonan Dibuka
    Bantuan Am PersekutuanPermohonan Dibuka
    Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)Permohonan Dibuka
    Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)Permohonan Dibuka
    Bantuan Warga Emas (BWE)Permohonan Dibuka
    Bantuan Anak Pelihara (BAP)Permohonan Dibuka
    Bantuan Latihan Perantis (BLP)Permohonan Dibuka
    Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHN)Permohonan Dibuka
    Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)Permohonan Dibuka
    Program Insentif Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (MyCRS) 2023Permohonan Dibuka
    Program MyPSVPermohonan Dibuka
    Program Pengedaran Barang PerluAkan Datang
    PERKESO – Geran Penjagaan Kanak-kanak Kepada Wanita Kembali BekerjaAkan Datang
    Program Makanan PrasekolahAkan Datang
    Pelepasan Cukai Rawatan PerubatanAkan Datang
    Perluasan Skop Pelepasan Cukai Premium Insurans Nyawa & Takaful HayatAkan Datang
    Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan IndividuAkan Datang
    PERKESO – Elaun MobilitiAkan Datang
    Kempen Menu RahmahTiada Permohonan Diperlukan
    Program Jualan Rahmah (PJR)Tiada Permohonan Diperlukan
    Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Rayuan Dibuka
    Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Tiada Permohonan Diperlukan
    Bantuan Tunai PesawahTiada Permohonan Diperlukan
    Insentif Pengeluaran Getah (IPG)Tiada Permohonan Diperlukan
    Pindaan Akta Insolvensi 1967Tiada Permohonan Diperlukan
    Dividen Tambahan ASBTiada Permohonan Diperlukan
    Jumlah Had Pelaburan ASB & ASB2 DitingkatkanTiada Permohonan Diperlukan
    Pengekalan Tarif Elektrik Pengguna DomestikTiada Permohonan Diperlukan
    Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTNPermohonan Telah Ditutup
    Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTNPermohonan Telah Ditutup
    Penjawat Awam – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)Tiada Permohonan Diperlukan
    Pesara – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)Tiada Permohonan Diperlukan
    Insentif Pengeluaran Lateks (IPL)Tiada Permohonan Diperlukan
    Bantuan Awal PersekolahanTiada Permohonan Diperlukan
    Pengecualian Duti Setem Bagi Pemilikan Rumah PertamaTiada Permohonan Diperlukan
    Sukarelawan Beruniform – Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA)Tiada Permohonan Diperlukan
    Program MyLesen B2Tiada Permohonan Diperlukan

    Bantuan Kerajaan Untuk Pendidikan dan Latihan

    Senarai BantuanTarikh Permohonan 2023
    Program Academy In Industry (AiI)Permohonan Dibuka
    HRD Corp – Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia)Permohonan Dibuka
    PERKESO – Program Daya Kerjaya – Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantisan TVET & Lepasan SekolahPermohonan Dibuka
    JHEV, JPK & MYTVET – Program Reskilling & Upskilling Veteran ATMAkan Datang
    GLC – TVETAkan Datang
    Peluang Perantisan Syarikat Multinasional AsingAkan Datang
    JHEV – Kursus bersama Agensi KerajaanAkan Datang
    MDEC – Digital AgTechTiada Permohonan Diperlukan

    Bantuan Kesihatan Untuk Individu dan Keluarga

    Kesihatan untuk individu dan keluarga juga tidak dilupakan. Antara senarai bantuan yang diberikan ialah

    Jenis BantuanCara Mohon
    Skim mySalamPermohonan Dibuka
    PERKESO – Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0Permohonan Dibuka
    Program Pemantapan Pengurusan Penyakit Jarang JumpaPermohonan Dibuka
    Skim Perubatan MADANITiada Permohonan Diperlukan
    PeKa B40Tiada Permohonan Diperlukan
    Ujian Saringan Mamogram & Kanser ServiksTiada Permohonan Diperlukan

    Bantuan Pekerjaan dan Pendapatan Untuk Individu dan Keluarga

    Pekerjaan selepas pandemik amat mencabar. Oleh itu kerajaan mewujudkan beberapa bantuan untuk membantu mereka yang terkesan

    Jenis Bantuan KerajaanTarikh Permohonan
    PERKESO – Program Bina Kerjaya Sektor Tidak Formal (Peserta Latihan)Permohonan Dibuka
    Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)Permohonan Dibuka
    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P)Permohonan Dibuka
    Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)Permohonan Dibuka
    MySTEPPermohonan Dibuka
    PROTÉGÉ – Penempatan Latihan Kerjaya Graduan Bersama Industri (RTW)Permohonan Dibuka
    JHEV & LTAT – Program Kerjaya Kedua Veteran ATMAkan Datang
    Lantikan Baharu Pegawai Perubatan, Pergigian & FarmasiAkan Datang

    Bantuan Perlindungan Golongan Rentan Untuk Individu dan Keluarga

    Definisi golongan rentan adalah individu seperti gelandangan, individu tanpa dokumen perjalanan (stateless), pelarian, pesakit penyakit berjangkit, miskin, OKU, pesakit mental, keganasan/penderaan, penceraian dan sebagainya. Mereka juga akan menerima bantuan dari kerajaan seperti

    Senarai Bantuan KerajaanTarikh Permohonan
    Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
    Permohonan Dibuka
    KTMB – MyRail LifePermohonan Dibuka
    Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) – AgropenjaraAkan Datang
    Jabatan Bantuan GuamanAkan Datang
    Jabatan Bantuan GuamanAkan Datang
    Skill for InmateTiada Permohonan Diperlukan
    Program Community Feeding (PCF) Orang AsliTiada Permohonan Diperlukan

    Bantuan Perlindungan Sosial Untuk Individu dan Keluarga

    Perlindungan kepada individu dan keluarga juga dibantu oleh kerajaan. Antara bantuan yang bakal diberi ialah

    Jenis BantuanCara Mohon
    i-SaraanPermohonan Dibuka
    PERKESO – Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS)Permohonan Dibuka
    PERKESO – Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR)Permohonan Dibuka
    PERKESO – SPS Padanan CarumanPermohonan Dibuka
    PERKESO – SPS MadaniPermohonan Dibuka
    Caruman Simpanan KWSP Akaun 1Akan Datang
    PERKESO – Perlindungan Tambahan Menerusi Program LINDUNG+Akan Datang

    Sumber: Kementerian Kewangan

    Kredit e-Tunai RM100 Akan Dilaksanakan Pada Suku ke-4 2023

    $
    0
    0

    Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan kerajaan iaitu kredit e-Tunai RM100 seorang kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

    Sehubungan itu hari ini kerajaan telah mengumumkan yang pemberian kredit e-Tunai tersebut akan mula dilaksanakan pada suku keempat tahun 2023.

    Lebih 10 juta penerima dari kalangan golongan M40 dan B40 akan menerima manfaat dari skim e-Tunai ini.

    Semua ini PMX ada bentangkan semasa ucapan di Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Cuma ketika itu tiada tarikh lagi bila akan dilaksanakan.

    Baru harini Kementerian Kewangan ada bagitahu melalui pengumuman di bawah. Mesti korang tak sabar-sabarkan. Baca dulu pengumuman ni.

    kredit e-tunai

    Suku keempat bermaksud pada Oktober sehingga Disember tahun 2023 ini.

    • Januari – Mac = Suku Pertama
    • April – Jun = Suku Kedua
    • Julai – September = Suku Ketiga
    • Oktober – Disember = Suku Keempat

    Masih tidak dapat diketahu bagaimana pemberian itu akan dilaksanakan. Adakah wallet yang sama digunakan untuk pemberian eBelia Rahmah? Atau adakah wallet lain akan menyertai program Kredit e-Tunai RM100 ini.

    Sama-sama kita nantikan pengumuman yang mungkin akan dikongsikan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat atau kemungkinan dekat dengan bulan Oktober nanti.

    Syarat Kelayakan Bantuan Kredit e-Tunai RM100

    Sila pastikan anda lepas syarat-syarat bagi menerima skim Kredit e-Tunai ini. Antara syarat-syaratnya ialah

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 21 tahun ke atas
    • Golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

    Tarikh Pemberian Kredit e-Tunai RM100

    Tarikh Pemberian Kredit e-Tunai RM100

    Pemberian kredit e-tunai kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah akan bermula pada suku keempat tahun ini (2023).

    Inisiatif kredit e-tunai, RM100 kepada rakyat berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah sedang diperincikan Kementerian Kewangan. Boleh tengok video berikut untuk pengumuman oleh MOF hari ini.


    Pertandingan Tiktok Merdeka Anjuran KPKT

    $
    0
    0

    Bersempena Hari Kemerdekaan tahun 2023, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan pertandingan tiktok merdeka yang bertemakan kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Sebelum kami terangkan mengenai syarat-syarat serta langkah mudah untuk sertai Tiktok Merdeka ini apakata kita kenali serba sedikit mengenai KPKT ini.

    Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

    tiktok merdeka kpkt

    Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia dimana menterinya adalah Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming.

    Antara visi KPKT ialah untuk merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda sosial dan penempatan manusia melalui program perumahan, perancangan dan kawalan pembangunan, perkhidmatan perbandaran dan landskap serta perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang cekap dan berkesan.

    Jabatan dan Agensi Bawah KPKT

    • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
    • Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa
    • Jabatan Kerajaan Tempatan
    • Jabatan Perumahan Negara
    • Jabatan Landskap Negara
    • Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara
    • Tribunal Perumahan Dan Pengurusan Strata
    • Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan
    • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam

    Syarat Penyertaan Tiktok Merdeka KPKT

    tiktok merdeka

    Sempena bulan merdeka ini, KPKT telah menganjurkan pertandingan Tiktok Merdeka. Syaratnya cukup mudah untuk sertai pertandingan Tiktok Merdeka ini

    • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia termasuk warga KPKT
    • Follow tiktok KPKT iaitu @kpkt_malaysia
    • Publickan video yang telah dimuat naik
    • Durasi video dalam 30 saat sehingga 60 saat
    • Latar suara adalah bebas. Anda juga boleh mengguakan mana-mana audio babak filem patriotik
    • Penilaian pemenang akan dibuat bedasarkan kreativiti, daya tarikan dan mesej yang disampaikan
    • Pemenang akan diumumkan pada 21 September 2023 hari Khamis secara lansung melalui siaran Radio KPKT dan media sosial KPKT.

    5 Langkah Mudah Lakonan Suara Latar Bertema Kemerdekaan

    tiktok kpkt

    1. Mesti follow tiktok KPKT di @kpkt_malaysia
    2. Rakam video dengan tema kemerdekaan
    3. Mesti berlatar belakangkan bangunan berkaitan KPKT
    4. Muat naik video tersebut di tiktok anda
    5. Buat caption yang menarik mengikut mesej lakonan anda
    6. Letak hashtag #MerdekaKPKT2023 #StrongerTogether #UnityDiversity #DemiPertiwi #MalaysiaMADANI
    7. Kongsikan video tersebut di media sosial anda untuk merebut hadiah menarik dari KPKT

    Hadiah Pertandingan Tiktok Merdeka

    Jumlah hadiah keseluruhan untuk pertandingan ini ialah RM1,000

    Tarikh Pertandingan

    Tarikh pertandingan Tiktok Merdeka ini ialah 1 Ogos hingga 15 September 2023.

    Apalagi semua Rakyat Malaysia ayuh sertai pertandingan Tiktok Merdeka ini. Serlahkan bakat kreativiti anda dan mana tahu boleh memenangi hadiah yang telah dianjurkan. Jom bersama kita terapkan nilai patriotisme.

    Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180 Sebulan

    $
    0
    0

    Dalam belanjawan 2023 yang lalu kerajaan di bawah PMX telah melancarkan bantuan kerajaan dalam bentuk kewangan untuk individu dan keluarga. Antara bantuan tersebut ialah ialah Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 sebulan.

    Subsidi yuran taska sebanyak RM180 masih lagi terbuka permohonan bagi mereka yang layak. Jika dalam belanjawan sebelum ini had kelayakan ialah RM5,000 pendapatan isi rumah, kini kerajaan perpaduan di bawah PMX telah menaikkan had kelayakan iaitu sebanyak RM7,000.

    Pemberian yuran subsidi taska sebanyak RM180 bagi seorang anak diberikan pada penjawat awam bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang perlu menghantar anak ke Taska.

    Kadar subsidi ini akan dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi kerajaan terbabit di mana pegawai tersebut berkhidmat. Sekiranya kadar yuran melebihi RM180.00 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya akan ditanggung oleh pegawai berkenaan.

    Sebagai contoh, En Lotfie dan Puan Awin mempunyai dua orang anak berumur bawah empat tahun. Pendapatan isi rumah mereka pula bawah RM7,000.

    Jadi bagaimana mereka nak mohon subsidi yuran pengasuhan taska?

    Senang je. Dalam hal ni En Lotfie mohon untuk seorang anak manakala Puan Awin mohon untuk anak yang sorang lagi. Ataupun salah seorang mohon untuk kedua-duanya sekali. Tiada masalah. Yang penting syarat kelayakan untuk mohon.

    Antara Syarat Kelayakan Subsidi Yuran Taska

    • Penjawat awam dengan pendapatan isi rumah RM7,000 ke bawah
    • Anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
      • Jika anak lahir 24 Oktober 2019 maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA adalah sehingga 31 Disember 2023
    • Hanya TASKA di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan JKM

    Cara Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023

    Pegawai yang mahu mendapatkan subsidi ini hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat.

    Permohonan Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam

    Taska tersebut mestilah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.

    Dokumen Permohonan Subsidi Yuran Taska

    Sila download borang permohonan Subsidi Yuran Taska dan isikan maklumat dalam borang tersebut.

    Permohonan subsidi hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersama-sama dengan dokumen sokongan berikut

    Salinan penyata slip gaji Subsidi Yuran Taska
    1. Salinan penyata slip gaji kerajaan pemohon
    Salinan Sijil Kelahiran Yuran Taska
    1. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak
    Subsidi Yuran Taska Salinan mykid

    1. Bagi anak angkat sila sertakan salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara
    2. Untuk anak tiri pula, salinan Sijil Kelahiran/ MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut
    3. Salinan penyata gaji suami atau isteri bagi menunjukkan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000.

    Bagi suami atau isteri yang tidak berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai dimana permohonan subsidi yuran taska dibuat.

    Pemohon mesti mengisi semula permohonan setiap tahun selewat-lewatnya 31 Disember untuk permohonan baru kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat.

    Hanya anak berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska layak diberikan subsidi yuran taska ini. Sekiranya yuran taska melebihi RM180 sebulan, bakinya akan ditanggung oleh pegawai Perkhidmatan Awam tersebut.

    Soalan Lazim (FAQ)

    1. Saya ada 5 orang anak dan semuanya bawah 4 tahun. Adakah saya layak untuk subsidi yuran taska ini?

      Layak. Tiada had bilangan anak.

    2. Kalau saya nak hantar ke Taska selain dari tempat kerja boleh ke?

      Boleh. Tiada masalah asalkan taska tersebut berdaftar bawah JKM

    3. Saya kerja di Sabah, isteri saya pula kerja swasta di cyberjaya. Bolehkah saya hantar ke Taska di cyberjaya?

      Boleh. Tiada masalah. Yang penting syarat kelayakan dan syarat taska tersebut dipernuhi

    4. Saya dipindahkan ke bahagian perkhidmatan awam lain pada bulan Jun. Bolehkah saya mohon pada bulan Jun tersebut?

      Boleh. Asalkan umur anak tidak melebihi empat tahun ketika mendaftar.

    Sumber: MOF

    Baca juga

    Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)

    $
    0
    0

    Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja atau BTB merupakan salah satu lagi inisiatif bantuan kerajaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat pada OKU untuk tahun 2023 secara bulanan.

    bantuan oku btb

    Bantuan orang kurang upaya ini bertujuan bagi membantu OKU yang tidak bekerja untuk kesinambungan hidup dan menggalakkan lagi mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

    Sebenarnya ada banyak lagi bantuan oleh JKM ini. Boleh refer Senarai Bantuan JKM

    Skim Bantuan Kebajikan jkm

    Syarat Kelayakan Bantuan OKU BTB

    • Warganegara Malaysia
    • Berumur 16 tahun ke atas
    • Pemegang kad OKU JKM
    • Tidak berupaya bekerja
    • Pemohon bukan penghuni/pelatih di
      • Institusi kendalian JKM
      • Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma
      • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    • Sumber kewangan setiap bulan bagi individu OKU tidak melebihi
      • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa
      • PGK purata miskin Per Kapita Semasa
    • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

    Dokumen diperlukan Untuk Memohon Bantuan OKU

    Untuk memudahkan urusan pentadbiran bagi memohon bantuan oku 2023 ini, pemohon diminta membawa dokumen sokongan bersama dengan borang JKM 18 semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

    Kena muat turun Borang JKM 18

    Dan dokumen sokongannya ialah

    • Kad Pengenalan diri pemohon,
    • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
    • Salinan penyata gaji (jika ada),
    • Dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

    Sekiranya anda belum mendaftar sebagai OKU, sila muat turun borang ini dan lengkapkan maklumat

    Muat turun Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019 dan lengkapkan maklumat serta dokumen seperti berikut

    daftar kad oku bantuan oku btb
    • Borang Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya Pindaan 2019 (BPPOKU Pindaan 2019) yang lengkap ditandatangani dan dicop oleh Pegawai Perubatan/ Pengamal Perubatan yang berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) sahaja atau Pakar Perubatan yang berdaftar dengan National Specialist Register of Malaysia (NSR) sahaja samada dari hospital/klinik kerajaan atau hospital/ klinik swasta;
    • Satu (1) salinan sijil kelahiran/ MyKid/ MyKad;
    • Satu (1) keping gambar berukuran pasport bagi pemegang Sijil Kelahiran/ MyKid.

    Selepas siap mendaftar dan disahkan oleh JKM maka anda layak menerima kad OKU. Dengan kad ini pelbagai inisiatif bantuan kerajaan serta kemudahan dapat anda gunakan.

    Kemudahan dan Keistimewaan Kad OKU

    Antara kemudahan KAD OKU ialah

    • Menikmati diskaun tambang
    • Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
    • Pengecualian bayaran rawatan perubatan (Yuran Pendaftaran dan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan)
    • Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui permohonan)
    • Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu daripada JPJ. (melalui permohonan)
    • Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
    • Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
    • Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej Komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)
    • dan lain-lain. Boleh refer Kemudahan dan Keistimewaan Kad OKU

    Dan juga terdapat bantuan daripada JKM kepada OKU yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Antara bantuan oleh JKM ialah

    • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    • Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
    • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    • Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
    • Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
    • Geran Pelancaran (GP)
    • Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan

    Maklumat Lanjut Mengenai Bantuan OKU 2023 BTB

    Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), anda rujuk:

    Website rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my/
    Hubungi: 03-8000 8000.

    Contoh Invois, Tujuan, Maksud dan Perbezaan Dengan Resit

    $
    0
    0

    Dalam perniagaan jual beli atau yang menawarkan servis, invois adalah penting bagi mendapatkan wang selepas anda siap melakukan kerja dengan pelanggan tersebut.

    Apa itu invois?

    Invois merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh peniaga kepada pelanggan selepas kerja telah dilakukan supaya pelanggan tersebut dapat membayar hasil kerja anda.

    Dalam invoice ada maklumat lengkap tentang senarai kerja yang dilakukan serta berapa harga yang kena bayar.

    Senang cerita invois ni kita bagi dekat pelanggan lepas barang atau servis sudah siap diberikan, tetapi duit tak dapat lagi.

    Fungsi Invois

    Sebenarnya fungsi utama invois adalah untuk meminta pembayaran wang atas barang yang akan dibeli atau perkhidmatan yang akan diambil dari pelanggan.

    Invoice juga sebagai rekod pembayaran akan diterima dan dibayar bagi pembeli dan penjual. Ia juga sebagai bukti sesuatu kerja yang anda lakukan dan jumlah bayaran bagi tujuan cukai. Dalam invois juga akan ada detail transaksi seperti tarikh pembayaran, apa akan berlaku jika terlewat bayar dan sebagainya.

    Perbezaan Antara Invois dan Resit

    Resit dan invois adalah 2 benda yang berbeza. Walaupun berbeza tapi setiap satu ada satu tujuan iaitu sebagai rekod syarikat yang sesuatu bisnes akan berlaku atau sudah berlaku. Antara perbezaan resit dan invosis ialah

    InvoisResit
    Invois diberikan selepas kerja dah siapResit diberikan selepas kerja atau barang dah siap
    Invois diberi sebelum pelanggan bayarResit diberikan selepas pelanggan dah bayar
    Maklumat lengkap barang, harga, detail pelanggan ada dalam invoisHanya nilai wang yang dibayar tertulis dalam invois

    Invois adalah di mana kerja sudah dilakukan tapi duit tidak dapat lagi.

    Contoh invoice terbaik

    Contoh 1

    Contoh invoice terbaik dan lengkap

    Contoh 2

    invois terbaik

    Contoh 3 (Dari Canva)

    Business Invoice

    Cuba perhatikan gambar di atas. Segala maklumat ada tertera dalam invois tersebut. Nama pelanggan, alamat, cara bayar, barang apa yang telah diberikan, berapa harga.

    • Tarikh invois supaya pelanggan tahu yang invoice telah dikeluarkan bila dan kena buat pembayaran bila
    • Maklumat pelanggan supaya barang atau servis telah siap dibuat atau diberikan kepada pelanggan yang betul
    • Jenis barang atau servis mesti lengkap supaya pelanggan tahu yang semua benda dah diterima
    • Syarat pembayaran supaya pelanggan akan bayar mengikut akaun yang telah tercatat

    Sebab tu saya cakap yang invoice terbaik adalah dimana ia mengandungi maklumat lengkap kerja atau barang yang diberikan kepada pelanggan.

    Keperluan Invois

    Invois adalah sebagai rekod yang anda telah menyiapkan atau memberikan sesuatau barang atau perkhidmatan. Ia sangat penting dalam sesuatu perniagaan yang menunjukkan pembayaran akan dilakukan atas kerja yang telah disiapkan.

    Supaya pelanggan dapat menyemak senarai harga serta barangan. Sekiranya ada tertinggal maka pembayaran tidak dapat dilakukan.

    Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023 (JANM)

    $
    0
    0

    Setiap tahun tarikh gaji penjawat awam adalah berbeza. Ada dikeluarkan mengikut tarikh tertentu. Ada diawalkan sebab macam raya puasa atau cuti umum yang panjang dimana 1 Malaysia cuti. Tapi tarik gaji penjawat awam dikeluarkan ini adalah sama untuk negeri dalam Malaysia.

    Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

    Tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan pada 2 November 20222 oleh Jabatan Akauntan Negara. Jabatan Akauntan Negara adalah jabatan yang menguruskan pembayaran untuk semua kakitangan jabatan awam.

    Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2023 Kakitangan Awam Kerajaan

    Berikut dikongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam untuk tahun 2023. Cuti sekolah pun dah dekat jadi bolehlah merancang perbelanjaan terlebih dahulu.

    BulanTarikhHariCatatan
    Januari17.01.2023SelasaTahun Baru Cina
    22 & 23 Januari 2023
    (Ahad & Isnin)
    Februari24.02.2023Jumaat
    Mac24.03.2023Jumaat
    April17.04.2023 tapi diawalkan ke 14.04.2023 dan akan dibayar sekali dengan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023)IsninHari Raya Puasa
    22 & 23 April 2023
    (Sabtu &Ahad)
    Mei19.05.2023KhamisHari Pesta Kaamatan
    30 & 31 Mei 2023
    (Selasa & Rabu)
    Jun23.06.2023JumaatHari Gawai
    1 & 2 Jun 2023
    (Khamis & Jumaat)
    Hari Raya Haji
    29 & 30 Jun 2023
    (Khamis & Jumaat)
    Julai25.07.2023Selasa
    Ogos25.08.2023Jumaat
    September25.09.2023Isnin
    Oktober25.10.2023Rabu
    November24.11.2023JumaatHari Deepavali
    12 November 2023 (Ahad)
    Disember19.12.2023SelasaHari Krismas
    25 Disember 2023 (Isnin)

    Lampiran penuh dari SPANM BIL 4/2022 juga turut kami kongsikan di bawah ini

    Tarikh Bayaran Gaji Penjawat Awam 2023

    Sumber: Jabatan Akauntan Negara

    Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran 1 dan telah ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia.

    Lampiran 1

    Rujukan MOF.BSKK.600-1/7/1(15) bertarikh 8 Jun 2021: Cadangan Pindaan Arahan Perbendaharaan 105 – Tarikh Membayar Gaji dan surat rujukan MOF.BKSK.600-2/13/1(4) bertarikh 28 Oktober 2022 : Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023.

    Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

    Contoh Penyata Gaji Penjawat Awam

    Jadi gaji yang penjawat awam akan dapat adalah sama dengan gaji tertera di slip gaji. Contoh slip gaji kerajaan ada kami tunjuk di bawah ini

    Contoh Penyata Gaji Penjawat Awam

    Maklumat Lanjut

    Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh dirujuk kepada pihak berikut:


    Pengarah
    Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
    Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
    Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
    No.1, Persiaran Perdana
    62594, Presint 2
    Putrajaya
    u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
    emel : unit_prestasi@anm.gov.my

    No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

    Viewing all 22188 articles
    Browse latest View live