
My ilham dah makin besar. Dah dua tahun 2 bulan. Tak sangka masa berlalu seperti pantas saja. Dan selama dua tahun juga lah tokwan dan opahnya berulang alik dari Kajang-Putrajaya untuk ambik ilham di pagi hari. Petang pula, my sha yang ambil ilham di Kajang.Sejuk hati kami. Bila nak bentang sejadah, my ilham akan turut sekali. Buat-buat sibuk gayanya. Memang budak kecil akan meniru apa yang dibuat oleh orang tuanya. Kadang-kadang, ketika kita sembahyang, dia akan berdiri di sebelah. Teringat kisah Nabi Muhammad s.a.w kita, Pernah sekali Rasulullah tengah solat, cucunya panjat naik atas belakangnya, Nabi s.a.w. sujud lama kerana menunggu cucunya turun sendiri. Sekarang makin ligat ilham bermain. Seronok lihat keletahnya. Sampai penat dan lunyai mummy dan daddy. Hahhaaa.. Kuat tul ilham. Bertenaga.Bak kata pepatah, Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Itulah yang mummy dan daddy harapkan. Biarlah ilham menjadi anak yang soleh, yang taat kepada suruhanNya dan mendoakan kami nanti. ameeeen..p/s: ilham pencinta haiwan.. hehehee ..
Di ping oleh shakiddo