
SYARIKAT-syarikat anggota Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menimbang untuk mengecualikan keperluan tuntutan standard bagi membantu mempercepatkan bayaran tuntutan apabila waris telah disahkan. "Persatuan itu memahami bahawa sijil Takaful mempunyai sebab pengecualian, tetapi ahli keluarga yang terjejas mungkin mahu menghubungi syarikat anggota MTA secara langsung jika keadaan khas diberikan kepada Penerbangan MH17," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pendedahan syarikat-syarikat anggota MTA kepada tragedi itu masih belum ditentukan pada masa ini tetapi terdapat beberapa orang yang ada dalam penerbangan MH17 merupakan pemegang sijil Takaful. "Dengan rasa sedih yang amat mendalam, kami mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan semua penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17. Ini adalah satu keadaan sangat tragis dan banyak nyawa telah hilang dalam tragedi ini," katanya. Anggota keluarga yang terlibat boleh menghubungi MTA di talian 03-2031 8160 atau e-mel mtasecretariat@malaysiantakaful.com.my untuk maklumat perlindungan dan proses tuntutan. - Bernama.sumber dari : http://www.sinarharian.com.my/ ..
Di ping oleh abedin54