Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22159

Dilarang Solat Di Masjid Al Aqsa,Budak Lelaki Ini Solat DiDepan Tentera Israel

$
0
0
Dilarang Solat Di Masjid Al Aqsa,Budak Lelaki Ini Solat DiDepan Tentera Israel

Agresi tentera tentera Israel ke Jalur Gaza makin brutal.Sejak melakukan penyerangan selama dua minggu lebih, mereka sudah menghancurkan belasan masjid di sana. Meski digempur terus-terusan siang dan malam dengan roket, rakyat Palestin tetap tidak merasa takut dan terus berdiri teguh.Di keadaan serba sukar dan mencekam tidak menyurutkan mereka untuk tetap pergi ke masjid melakukan ibadah solat. Terlihat dari sebuah posting foto akaun Twitter Quran_Message, di mana seorang budak laki-laki yang sedang solat membelakangi tentera Israel. Itu dilakukan selepas tentera Israel menyekat budak lelaki ini yang ingin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa. Dalam keterangan di akaun Twitter Quran_Message bertuliskan "Tentera Israel menyekat bocah laki-laki ini yang ingin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa. Jadi, ia solat di depan para tentera Israel #FreePalestina #FREEGAZA " Dalam foto itu budak laki-laki yang tidak diketahui namanya mengenakan baju warna biru dan seluar jeans. Ia kelihatan sedang khusyuk sembahyang dengan sejadah warna dasar merah di hadapannya.Dibelakang bocah tersebut kelihatan kira-kira 15 orang tentera Israel sedang berdiri berbaris. Mereka memakai jaket, topi keledar, perisai dan senjata di tangan.Posting foto ini langsung mendapat respon dari pengguna Twitter.Banyak mereka yang menyampaikan rasa simpati dan sokongan kepada si bocah serta warga Palestin. Mereka juga mengecam keras pencerobohan yang dilakukan tentera Israel.Namun hingga kini belum diketahui secara terperinci sama ada foto tersebut sesuai fakta atau hanya editan semata. Hanya saja, di sudut foto terdapat tulisan nama Ahmad Gharabli via Getty Images...

Di ping oleh yatishaari


Viewing all articles
Browse latest Browse all 22159