Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22189

Petua elak mabuk kenderaan

$
0
0
Petua elak mabuk kenderaan

Sedar tidak sedar sekarang ini kita hampir di pertengahan bulan Ramadan dan tidak lama lagi ramai anak-anak perantauan akan pulang ke kampung halaman bagi menyambut kemeriahan Hari Raya Aidilfitri. Namun dalam kegembiraan pulang ke kampung halaman terdapat ramai juga yang menghadapi masalah mabuk jalan apabila menaiki kenderaan seperti kereta atau pun bas terutamanya dalam perjalanan jauh. Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi dengan pembaca beberapa petua yang dipetik dari Mingguan Wanita untuk menghilangkan masalah mabuk jalan ini. Pertamanya, minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan. Keduanya, kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya dalam perjalanan. Ketiga, bawa limau dan cium limau tersebut semasa dalam perjalanan. Akhir sekali adalah, dapatkan batang kangkung yang menjalar panjang. Kemudian, lilitkan dan ikat di pinggang. Selamat mencuba!sumber dari : https://my.entertainment.yahoo.com/By Azwa Iela | Tupai ..

Di ping oleh abedin54


Viewing all articles
Browse latest Browse all 22189