
Terdapat beberapa langkah jika anda ingin menjadi jutawan.Pokok pangkalnya usaha yang berterusan dan tidak kenal erti jemu adalah salah satu dari perkara yang mesti ada di dalam minda dan jiwa.Namun kali ini saya akan berkongsi dengan lebih mendalam sedikit lebih dari biasa berkenaan dengan strategi yang harus ada sekiranya kita ingin menjadi jutawan.Strategi yang harus ada adalah seperti :- 1.Kemahiran menjual dan mencipta idea bagi menjana pendapatan berterusan.Kemahiran menjual boleh di ringkaskan dengan cara kita berkomunikasi dengan pelanggan dan bagaimana inginmenarik minat mereka untuk membeli produk kita tanpa paksaan.Semuanya berkaitan psykologi.Dan yang paling penting gunakan idea sendiri. 2.Semangat persaingan yang tinggi juga merupakan salah satu darinya.Jika kita tidak mampu untuk bersaing bagaimana kita hendak maju kedepan.Buatlah persaingan dengan cara yang sihat.Jangan ada perasaan dengki dengan pesaing.Tunjukkan kehebatan dan kelebihan produk kita.Dan jangan sesekali kondem produk orang lain demi untuk meraih simpati dari pelanggan. 3.Mempunyai Kualiti sebagai pemimpin yang tinggi.Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. 4.Suka dan minat dengan apa yang dilakukan.Jangan sesekali buat satu perniagaan yang kita tak suka atau tak minat.Kerana ia akan bakal menjadikan perniagaan kita lingkup kerana ia bakal mengundang kehilangan semangat anda suatu hari nanti.Cari dan buat apa yang anda suka dahulu……jika tiada pilihan apa boleh buat.Teruskan mengejar impian.Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira  penat lelah. 5.Berusaha dengan lebih keras berbanding dengan orang lain.Jangan asyik berangan tapi satu kerja pun tak siap dan tak buat.Indah khabr dari rupa.Jika orang lain bekerja 40jam seminggu.Cuba anda buat 50 atau 60 jam seminggu.Hasilnya pasti lumayan.Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain. 6.Dan yang terakhir sekali adalah berkenaan dengan disiplin.Tanpa disiplin sesebuah perniagaan pasti akan lingkup.Membina sebuah perniagaan memerlukan satu usaha yang padu dengan disiplin yang kuat.Anda sebagai BOSS mesti menjadi contoh kepada pekerja bawahan anda.Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan. The post Bagaimana Ingin Menjadi Jutawan. appeared first on Mariana Musa. ..
Di ping oleh jaymiee