Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22188

Berita cubaan bunuh General Sisi tersebar meresahkan tentera Mesir

$
0
0
Berita cubaan bunuh General Sisi tersebar meresahkan tentera Mesir

Kaherah – Pihak tentera Mesir mulai resah dan bimbang setelah berita tentang cubaan membunuh As-Sisi tersebar luas di medan sosial seperti Facebook. As-Sisi diberitakan terbunuh pada 17 Oktober lalu di dalam sebuah perjumpaan tentera di Alexandria. Bahkan individu yang melakukan cubaan membunuh ke atas As-Sisi tersebut mendakwa menggunakan peluru yang mampu menembusi baju kalis peluru kerana As-Sisi selalu memakai baju kalis peluru.  As-Sisi diberitakan cedera di bahagian paru-paru dan kakinya. Individu yang melakukan cubaan bunuh tersebut dikatakan terus dibunuh untuk menutup berita tersebut.Namun pihak tentera menafikan berita tersebut melalui pelbagai media kerajaan. Ini dilakukan supaya anggota tentera yang ada tidak merasa lemah semangat atas berita tersebut. Ini kerana semangat tentera As-Sisi makin mengendur setiap hari semenjak berlakunya rampasan kuasa.Di antara pihak media yang menafikan berita tersebut ialah surat khabar Al-Watan yang menyatakan bahawa berita tersebut tidak benar dan mendakwa As-Sisi dalam keadaan yang sihat dan sedang menjalankan tugasnya sebagai menteri pertahanan.Surat khabar Ahram, laman Mishrawi dan juga Yaum Sabi’ melaporkan berita tentang perjumpaan yang dihadiri oleh As-Sisi. Hairannya, gambar-gambar yang dimuatkan kelihatan berbeza-beza. Ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim sejuk dan ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim panas.Laman Egyptwindow melaporkan bahawa As-Sisi sedang dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi. Dilaporkan As-Sisi perlu memotong kakinya tetapi ditolak kerana tidak mahu terkeluar dari tentera. As-Sisi memilih untuk membiarkan kakinya tidak dipotong walaupun akan menghadapi cacat kekal.Sumber : Mesir Kini..

Di ping oleh Azim_Alltarzaru


Viewing all articles
Browse latest Browse all 22188

Trending Articles