Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22189

PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat

$
0
0
PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat

PROTON ada buat satu contest – “Nama Siapa Hebat“. Pertandingan anjuran Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PROTON) ni untuk mencari nama bagi kereta compact Proton yang akan dilancarkan pada 2014 iaitu tahun depan. Peraduan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan kad pengenalan yang sah berumur 12 tahun ke atas, termasuk pekerja Proton dan ahli keluarga mereka, kecuali pekerja Proton yang terlibat dalam AJK penganjur contest “PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat“. Peraduan Nama Siapa Hebat anjuran Proton ni berlangsung dari 25 Jun 2013 hingga 25 Julai 2013 (11.59 malam). Cara Sertai PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat Isi borang daftar penyertaan secara online melalui laman web Proton Nama Siapa Hebat. Boleh juga download borang PDF untuk penyertaan melalui pos. Hantar penyertaan beserta nama yang paling kreatif untuk kereta compact Proton yang baru dalam Bahasa Malaysia. Boleh hantar lebih daripada satu penyertaan. Tunggu pengumuman pemenang. Setiap borang peraduan mesti lengkap dengan maklumat yang diperlukan termasuk nama yang dicadangkan bagi kereta compact Proton, serta rasional pemilihan nama yang dicadangkan tu dan ditulis dengan cara yang paling kreatif. Untuk cadangan nama bagi kereta compact Proton yang baru, boleh fikirkan dan cari idea nama berdasarkan hint yang telah diberi. Hint: The car is stylish, hip and compact, with advanced, innovative design and features. It’s spacious, comfortable and extremely practical. It’s fun to drive! Hadiah PROTON Peraduan Nama Siapa Hebat Hadiah-hadiah yang ditawarkan kepada pemenang peraduan ni adalah seperti berikut: 1st Prize : 1 X Proton Compact Car Premium AT 2nd Prize : 1 X 3D2N stay at Rebak Island Resort Langkawi + RM3,000 cash 3rd Prize : 1 X Macbook Air 4th Prize : 2 X iPad Mini 5th Prize : 2 X Samsung Galaxy S4 6th Prize : 2 X HTC One 7th Prize : 150 X RM250 cash 8th Prize : 100 X Proton Mini Fridge Best kan hadiah-hadiah dia? Jom join contest Proton ni. KLIK DI SINI untuk hantar penyertaan. Mana tahu ada rezeki menang hadiah kereta sebijik. Hadiah-hadiah lain pun best jugak. Proton Anarm – Ok tak kalau aku cadangkan nama ni? Haha.. ..

Di ping oleh anarm


Viewing all articles
Browse latest Browse all 22189