Blogr akan ajar bagaimana cara renew roadtax online menggunakan apliasi MYJPJ. Renew roadtax secara online kini lebih mudah dan cepat dengan adanya aplikasi MYJPJ. Anda tidak perlu lagi beratur di kaunter atau menggunakan khidmat ejen yang memerlukan bayaran tambahan.
Isi Kandungan
Cara Renew Roadtax Online
Dalam artikel ini, kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah untuk renew roadtax secara online menggunakan aplikasi MYJPJ, semuanya DIY (Do It Yourself) dan tanpa kos servis.
Langkah 1: Install Aplikasi MYJPJ

Langkah pertama untuk cara renew roadtax online adalah dengan memasang aplikasi MYJPJ pada telefon pintar anda. Aplikasi ini tersedia untuk dimuat turun secara percuma di Google Play Store (untuk pengguna Android) dan Apple App Store (untuk pengguna iPhone). Pastikan anda memuat turun aplikasi yang sahih dengan logo rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Google Play (untuk pengguna Android)
- App Store (untuk pengguna iOS)
Langkah 2: Daftar dan Log Masuk
Setelah aplikasi MYJPJ berjaya dipasang, anda perlu mendaftar akaun jika belum berbuat demikian. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Daftar Akaun Baru: Masukkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan email untuk mendaftar akaun.
- Pengaktifan Akaun: Selepas pendaftaran, anda akan menerima kod pengesahan melalui SMS. Masukkan kod tersebut untuk mengaktifkan akaun anda.
- Log Masuk: Setelah akaun diaktifkan, log masuk ke aplikasi menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Pergi ke Profil Pengguna

Selepas log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama aplikasi. Untuk memulakan proses pembaharuan roadtax, pergi ke bahagian Profil yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan aplikasi.
Langkah 4: Pilih ‘Lesen Kenderaan Motor’

Di dalam profil anda, pilih bahagian Lesen Kenderaan Motor. Di sini, anda akan dapat melihat semua maklumat berkaitan kenderaan yang berdaftar di bawah nama anda.
Langkah 5: Pilih Kenderaan untuk Pembaharuan Roadtax
Seterusnya, paparan plat kenderaan anda akan keluar. Anda hanya perlu memilih kenderaan yang ingin diperbaharui roadtax-nya. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kenderaan, pastikan anda memilih plat kenderaan yang betul untuk elakkan sebarang kesilapan.
Langkah 6: Klik ‘Pembaharuan’

Setelah memilih kenderaan yang ingin diperbaharui roadtax, klik pada butang Pembaharuan. Anda akan dibawa ke halaman pembayaran.
Langkah 7: Pilih Channel Pembayaran
Pada halaman pembayaran, anda akan diberikan pilihan untuk memilih channel pembayaran yang tersedia seperti kad kredit, kad debit, atau perbankan online (FPX). Pilih kaedah pembayaran yang anda prefer dan ikuti arahan seterusnya untuk menyelesaikan transaksi.
Siap
Setelah pembayaran berjaya, roadtax kenderaan anda akan diperbaharui serta-merta. Anda akan menerima resit digital sebagai bukti pembayaran yang boleh disimpan dalam telefon atau dicetak jika diperlukan. Kini, anda boleh memandu dengan tenang tanpa risau mengenai roadtax yang telah tamat tempoh.
Jom Bayar Roadtax Online
Membayar roadtax secara online menggunakan aplikasi MYJPJ bukan sahaja mudah tetapi juga menjimatkan masa dan kos. Anda tidak perlu lagi keluar rumah atau menggunakan perkhidmatan ejen, semua boleh dilakukan sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah. Mulakan sekarang dengan memuat turun aplikasi MYJPJ dan ikuti panduan ini untuk memastikan kenderaan anda sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.
Selamat mencuba dan semoga artikel ini membantu memudahkan urusan pembaharuan roadtax anda.