Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22189

Ini Khasiat Daun Durian Belanda Yang Perlu Anda Tahu

$
0
0

Siapa sangka banyak khasiat daun durian belanda untuk kesihatan manusia. Dengan mengandungi vitamin C, vitamin B kompleks, kalium, kalsium, magnesium, antioksidan, senyawa aktif dan lain-lain menjadikan daun durian belanda sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Daunnya juga boleh dijadikan minuman teh yang bagus untuk kesihatan serta mampu ‘membersihkan’ perut dan memastikan sistem gastrousus berfungsi dengan baik.

Teh daun durian belanda juga telah lama dijadikan bahan untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.

Artikel pada kali ini, blogr akan berkongsi kepada pembaca berkenaan dengan khasiat daun durian belanda pada kesihatan yang perlu anda tahu.

Durian Belanda

Durian belanda, juga dikenali dengan nama saintifiknya Annona muricata, berasal dari Peru, Mexico, dan Argentina. Buah ini tumbuh tidak hanya di Asia Tenggara tetapi juga di Afrika dan Florida.

buah durian belanda

Buah durian belanda memiliki kulit yang berduri lembut, dengan daging buah berwarna putih dan memiliki rasa masam-manis yang enak, baik dimakan begitu sahaja maupun dijadikan jus.

Banyak orang menanam durian belanda sebagai tanaman hias di halaman rumah. Secara komersial, tanaman ini biasanya ditanam di area dengan drainase yang baik, dapat mencapai ketinggian 8 hingga 10 meter, dan buahnya bisa mencapai berat 3 kg.

Di Malaysia, durian belanda dianggap mahal dan cukup payah nak jumpa. Ini termasuk dalam 16 jenis buah-buahan tempatan yang sangat penting oleh negara karena potensinya yang bermanfaat bagi pengguna.

7 Khasiat Daun Durian Belanda Dalam Kesihatan

Jom baca 7 khasiat dan petua guna daun durian belanda mengikut hantaran dari Leha Yusuf. Boleh try minum bagi sesiapa yang ada masalah macam kat bawah nie ye.

khasiat daun durian belanda

1. Mencegah Dan Mengubati Kanser

  • Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
  • Cuci daun dengan bersih.
  • Sediakan 3 gelas air bersih dalam periuk.
  • Masukkan daun ke dalam periuk dengan air.
  • Rebus daun sehingga air mendidih dan berkurang menjadi segelas air sahaja.
  • Matikan api dan biarkan air sedikit sejuk.
  • Tapis air rebusan untuk membuang sisa daun.
  • Minum air rebusan sebanyak dua kali sehari, pagi dan malam.
  • Lakukan ini selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi semakin sembuh.

2. Merawat Sakit Pinggang

  • Ambil 20 helai daun durian belanda.
  • Cuci daun hingga bersih.
  • Masukkan daun ke dalam periuk bersama 5 gelas air bersih.
  • Rebus daun sehingga air mendidih dan berkurang menjadi 3 gelas air sahaja.
  • Matikan api dan biarkan air rebusan sedikit sejuk.
  • Tapis air rebusan untuk membuang sisa daun.
  • Minum ¾ gelas air rebusan sekali sehari.
  • Amalkan setiap hari sehingga sakit pinggang sembuh.
khasiat teh daun durian belanda
Fresh green tea with tea leaves in the water ** Note: Shallow depth of field

3. Menguatkan Daya Ketahanan Tubuh Badan (Imun Sistem)

  • Ambil 5 helai daun durian belanda.
  • Cuci daun hingga bersih.
  • Rebus daun dengan 4 gelas air.
  • Biarkan mendidih hingga air berkurang menjadi 1 gelas.
  • Matikan api dan biarkan sedikit sejuk.
  • Tapis air rebusan.
  • Minum sekali sehari.
  • Amalkan setiap hari untuk ketahanan imun badan.

5. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi (High Blood presure)

  • Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit strok.
  • Strok adalah gangguan fungsi otak disebabkan oleh gangguan atau pengurangan aliran darah ke otak.
  • Jika anda mengalami gejala-gejala tersebut, cubalah minum air rebusan daun durian belanda untuk membantu menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi Buasir atau simbelit

  • Untuk mengatasi masalah buasir, ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua.
  • Rebus daun tersebut dengan 3 gelas air hingga mendidih dan tinggal 1 gelas.
  • Setelah airnya sejuk, minum ramuan ini sekali sehari sehingga masalah buasir sembuh.

7. Mengubati Sakit Urat/Saraf

  • Daun durian belanda juga berkhasiat untuk merawat sakit urat atau sakit saraf.
  • Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua tetapi masih hijau pekat dan sihat.
  • Cuci bersih daun tersebut dan rebus dengan 2 gelas air hingga mendidih dan tersisa 1 gelas.
  • Minum ramuan ini dua kali sehari, pagi dan petang, untuk mendapatkan kesan yang baik.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, Diabetes, Arthritis, penyakit saraf dan lain-lain penyakit berkaitan Inflammatory.

Jom tanam sepokok durian belanda sekarang juga. Dapatkan anak pokok

anak pokok durian belanda






Viewing all articles
Browse latest Browse all 22189

Trending Articles