Nak tahu macam mana cara terminate Astro secara online tanpa perlu pergi ke kaunter? Jom ikuti perkongsian dari kami mengenai cara nak tutup akaun Astro secara online sahaja.
Isi Kandungan
Terminate Astro Secara Online

Ada 2 cara untuk termiante akaun Astro secara online iaitu melalui
- Customer Service Astro
- Email Kepada Astro
Terminate Astro melalui Astro customer Service
Cara paling senang dan laju adalah dengan membuat sendiri panggilan ke Astro Customer Service Center dan bercakap dengan operator yang bertugas.
- Sila dail nombor customer service Astro di 03-9543-3838
- Setelah berjaya bercakap dengan customer service, sila lakukan langkah-langkah berikut:
- Semak baki kontrak akaun ASTRO anda samada masih dalam kontrak atau tak
- Semak baki bayaran bil ASTRO anda untuk mengelakkan ada tertunggak yang menyebabkan kelambatan termination
- Dapatkan tarikh bil ASTRO yang berikutnya bagi menyelesaikan baki tertunggak
- Semak status Astro anda sama ada masih dalam kontrak atau tidak
- Jelaskan baki bil anda (jika ada)
- Maklumkan kepada pihak customer service Astro hasrat anda untuk mnghentikan langganan
- Setelah selesai, tunggu sehingga 24 jam sebelum akaun ASTRO anda ditamatkan
- Sekiranya selepas 24 jam akaun anda masih belum ditamatkan, sila hubungi semula pihak customer service ASTRO untuk semakan semula status penamatan langganan
Terminate Astro melalui Email Astro
Anda juga boleh email kepada pihak Astro bagi menamatkan perkhidmatan Astro anda. Caranya adalah seperti berikut
- Email Astro: wecare@astro.com.my
- Subjek Email: Penamatan Perkhidmatan ASTRO
- Nyatakan tujuan emel tersebut dihantar:
- “Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin memaklumkan akaun ASTRO di bawah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan langganan ASTRO”
- Sertakan butiran akaun ASTRO
- Nama pemilik akaun
- Nombor kad pengenalan
- Nombor akaun ASTRO
- Alamat
- No telefon
- Akhiri emel tersebut dengan menyatakan agar pihak ASTRO dapat melakukan proses penamatan kontrak ini dengan segera
Pertanyaan
Un tuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi customer service Astro bagi mengelakkan sebarang masalah berlarutan