Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22178

Harga Kereta Alza 2024 Promosi Terkini

$
0
0

Sebelum ini kami dah buat artikel mengenai harga kereta bezza 2024. Kalini kami senaraikan harga kereta Alza 2024 beserta spesifikasi kereta ini. Atau anda boleh terus hubungi customer service Perodua untuk sebarang pertanyaan.

Perodua Kereta Alza 2024

Kereta Perodua Alza 2024 merupakan kereta MPV (Multi-Purpose Vehicle) yang boleh memuatkan sehingga 7 penumpang keluaran Perodua. Dengan bonet belakang yang compact dan yang penting kereta Alza jimat minyak. Harga amat kompetatif dan boleh dikatakan murah.

Perodua Alza 2024 juga didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu

  • Ivory White
  • Garnet Red
  • Glittering Silver
  • Elegant Black
  • Vintage Brown

serta mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipatkan. Bagi warna Garnet Red dan Vintage Brown hanya ada untuk AV dan H Variant sahaja.

Kelengkapan Kereta Alza 2024

Perodua Alza mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang, dengan tempat duduknya ditutup dengan fabrik berkualiti tinggi yang memberikan perjalanan yang selesa.

Alza tersedia dengan transmisi Manual dan Automatic bergantung pada varian. Model ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat tetapi masih mahukan kereta yang menawarkan ciri-ciri yang baik.

Ia juga mempunyai tiga mod pemanduan iaitu Normal, Power dan Eco yang mana ia boleh ditukar pada butang terletak pada stereng.

Harga Kereta Alza 2024

Berikut harga kereta Alza 2024 mengikut laman web rasmi Perodua. Harga kereta adalah berbeza mengikut tempat.

Harga Kereta Alza di Semenanjung

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Vintage Brown, Elegant Black) – RM62,500
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM68,000
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM75,500

Harga Kereta Alza di Sabah Sarawak

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Vintage Brown, Elegant Black) – RM65,000
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM70,500
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM78,000

Harga Kereta Perodua Alza di Labuan

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Vintage Brown, Elegant Black) – RM61,610
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM66,980
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM73,930

Harga Kereta Perodua Alza di Langkawi

  • Alza 1.5L X D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Garnet Red, Vintage Brown, Elegant Black) – RM60,280
  • Alza 1.5L H D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM65,650
  • Alza 1.5L AV D-CVT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Coral Blue & Granite Grey) – RM72,600

*NOTA PENTING : Harga mungkin berbeza sedikit mengikut lokasi dan servis caj yang dikenakan oleh setiap ejen jualan / pengedar.

Gambar Rekaan Luaran dan Dalaman

Berikut merupakan gambar dalaman luaran dan dalaman bagi kerete Alza untuk tahun 2024.

Gambar Dalaman Kereta Alza 2024

Gambar bahagian dalaman Harga Kereta Alza 2024

Gambar Luaran Kereta Alza 2024

Gambar bahagian luaran Harga Kereta Alza 2024

Pengiraan Bayaran Bulanan Perodua Alza

Untuk bayaran bulanan bergantung pada berapa bayaran muka yang anda keluarkan, kadar faedah yang pihak bank kenakan pada anda dan tempoh bayaran selesai antara 5 tahun hingga 9 tahun.

Anda boleh semak berapa bayaran bulanan yang anda kena bayar di kalkulator loan di sini.

Untuk info lanjut atau tempahan, anda boleh ke perodua service centre yang terdekat dengan anda di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 22178