Macam mana nak tahu kod kawasan unifi apabila call 100? Call je customer service unifi mesti dia minta kod kawasan kan. Artikel kalini blogr akan terangkan cara mudah untuk dapatkan kod kawasan unifi untuk para pembaca.
Kod Kawasan Unifi
Mudah je nak tahu berapa kod kawasan unifi anda. Caranya ialah
- Anda kena tengok dekat bill unifi anda
- Bil unifi biasanya akan diberi dekat email atau melalui apps unifi
- Kemudian anda skroll sampai anda jumpa Residential Voice.
- Residential Voice ni adalah kod kawasan anda. Sebagai contoh tengok gambar ini

Jadi daripada gambar ini maka kod kawasan unifi anda ialah 053731809. Lepastu bila call 100 dan dia mintak kod kawasan maka masukkan no residential voice tu. Jelas tak berkenaan dengan kod kawasan ni?
Jadi anda kena masukkan no telefon itu iaitu 05xxxxxxx. Masukkan kod kawasan dan nombor telefon, dan tekan butang # contoh atas tu 05xxx. xxx ni bukan no henpon korang, tapi no dekat residential voice tu. 05-xxx. Paham? Tak paham sila komen di bawah.
Cara Untuk Hubungi Pihak Unifi
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan internet Unifi anda boleh menggunakan 3 cara di bawah
- Live Chat
Boleh refer Cara Livechat dengan pihak unifi atau terus ke
[iklancontoh1]
https://unifi.com.my/personal dan chat dengan pihak unifi
- Customer Service
Dail 100 melalui telefon bimbit anda dan dengar sampai habis. Anda boleh menghubungi Unifi Khidmat Pelanggan Hotline (Unifi Customer Service Hotline) melalui 100.
Khidmat pelanggan hotline adalah aktif mulai 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kebiasaannya apabila anda call 100, robot akan minta kod kawasan.
Biasanya ramai pelanggan unifi ni pening dengan kod kawasan yang diminta oleh pihak robot apabila dah call 100 tu. Apapun mudah aje kalau paham dimana dan bagaimana nak cari kod kawasan unifi tersebut.