Nak beli cincin online tapi tak tahu saiz cincin apa yang sesuai. Salah beli karang longgar ataupun ketat. Rugi je. Lagipun banyak kedai cincin online ada promosi kalau beli online macam Habib Jewels dekat Shopee. Lagi untung dari beli dekat kedai.
Kandungan Artikel
Jangan bimbang. Ada cara dia untuk tahu saiz cincin untuk elakkan tersalah beli. Pastikan anda tahu dahulu cara ukur jari lelaki mahupun perempuan untuk membeli cincin yang betul. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan tips nak ukur jari untuk membeli cincin bagi lelaki mahupun perempuan.
Cara Ukur Saiz Cincin
Sebenarnya ada cara mudah untuk tahu saiz cincin lelaki atau perempuan pada jari dengan hanya guna 2 cara ini sahaja.
Cara Ukur Saiz Jari Untuk Beli Cincin
Begini cara ukur saiz jari untuk beli cincin, lihat semua langkah di bawah dan gambar yang telah kami sediakan. Pastikan anda sediakan 4 benda ini terlebih dahulu.
- Pen atau pensel
- Kertas
- Pembaris
- Gunting

- Potong sedikit kertas
- Lilit kertas di jari dan pastikan jangan terlalu ketat
- Tandakan dengan pen di hujung kertas yang bertemu
- Ukur kertas dengan pembaris dari hujung ke tanda pen tersebut
Saiz Cincin Mengikut Ukur Lilit Jari
Kemudian daripada panjang kertas tersebut, tentukan saiz jari anda berdasarkan dalam gambar di bawah ini. Sebagai contoh, jika saiz jari adalah 4.8 cm maka saiz cincin yang sesuai dibeli adalah saiz 8.

Cara Ukur Saiz Jari Ikut Cincin Lama
Cara ni lagi mudah. Anda ukur mengikut saiz diameter cincin lama anda je.

Kemudian dari diameter tersebut anda semak jadual di bawah dan dapatkan saiz cincin. Contohnya diamter cincin anda 14.8 mm maka saiz anda ialah saiz 4.

Mudahkan cara ukur saiz cincin yang blogr bagitahu ni. Paling penting sekali ukurlah jari anda ketika siang kerana masa ini jari anda mengembang dan saiznya mungkin berbeza jika anda membuat ukuran pada malam hari dan juga jangan ukur jari anda sewaktu masih basah, sebaiknya ukur saiz jari ketika kering.
Maklumat Lanjut
Kalau nak beli kasut secara online anda kena tahu saiz kasut mengikut saiz kaki.
Sebelum hadiahkan cincin dekat orang tersayang tu, tulislah pantun cinta dekat kad dan selitkan sekali dalam kotak.