Mesti peningkan kalau beli saiz kasut dekat online. Sampai rumah je salah saiz. Dah membazir. Anak nak sukan. Kedai di kawasan rumah tiada saiz kasut dah untuk dia. Kena beli online. Beli-beli, salah saiz. Dah anak tak dapat kasut untuk sukan.
Kandungan Artikel
Kalau ke kedai tiada masalah untuk saiz kasut. Sebab kita boleh test terus. Masalah dia bila beli online. Ramai orang tidak faham bagaimana untuk mengukur kasut dan menentukan kasut mana yang harus sesuai untuk diri mereka sendiri.
Kalini blogr nak share cara paling tepat untuk mengukur saiz kaki supaya dapat membeli kasut dengan saiz yang betul bagi keselesaan kaki anda dan elakkan dari kaki melecet. Yang penting agar mudah bagi kita untuk membeli kasut secara online tidak kira shoppee, lazada atau mana-mana tempat untuk beli kasut secara online.
Cara Ukur Saiz Kaki & Menentukan Saiz Kasut Yang Sesuai
Anda memerlukan 3 benda iaitu
- Kertas A4
- Pensel
- Pita Pengukur atau Pembaris
Berikut merupakan cara ukur saiz kasut yang betul

- Ambil kertas A4 tadi
- Letakkan kaki anda pada kertas A4 tersebut
- Tandakan menggunakan pensel dari hujung tumit ke hujung kaki pada kertas itu
- Kemudian ukur menggunakan pita pengukur atau pembaris
- Seterusnya padankan ukuran tersebut pada jadual saiz kasut di bawah
Saiz Kasut Untuk Lelaki
Berikut merupakan saiz kasut bagi lelaki. Ada beza sikit dengan perempuan sebab kaki lelaki ni jenis kembang
US Sizes | UK Sizes | Inches | Centimeter |
---|---|---|---|
6 | 5.5 | 9.25″ | 23.5 |
6.5 | 6 | 9.5″ | 24.1 |
7 | 6.5 | 9.625″ | 24.4 |
7.5 | 7 | 9.75″ | 24.8 |
8 | 7.5 | 9.9375″ | 25.4 |
8.5 | 8 | 10.125″ | 25.7 |
9 | 8.5 | 10.25″ | 26 |
9.5 | 9 | 10.4375″ | 26.7 |
10 | 9.5 | 10.5625″ | 27 |
10.5 | 10 | 10.75″ | 27.3 |
11 | 10.5 | 10.9375″ | 27.9 |
11.5 | 11 | 11.125″ | 28.3 |
12 | 11.5 | 11.25″ | 28.6 |
13 | 12.5 | 11.5625″ | 29.4 |
14 | 13.5 | 11.875″ | 30.2 |
15 | 14.5 | 12.1875″ | 31 |
16 | 15.5 | 12.5″ | 31.8 |
Saiz Kasut Untuk Perempuan
Ini pula saiz kasut bagi perempuan. Kaki diorang kebanyakan runcing jadi saiz kasut lebih kecil dari lelaki
US Sizes | UK Sizes | Inches | Centimeter |
---|---|---|---|
4 | 2 | 8.1875″ | 20.8 |
4.5 | 2.5 | 8.375″ | 21.3 |
5 | 3 | 8.5″ | 21.6 |
5.5 | 3.5 | 8.75″ | 22.2 |
6 | 4 | 8.875″ | 22.5 |
6.5 | 4.5 | 9.0625″ | 23 |
7 | 5 | 9.25″ | 23.5 |
7.5 | 5.5 | 9.375″ | 23.8 |
8 | 6 | 9.5″ | 24.1 |
8.5 | 6.5 | 9.6875″ | 24.6 |
9 | 7 | 9.875″ | 25.1 |
9.5 | 7.5 | 10″ | 25.4 |
10 | 8 | 10.1875″ | 25.9 |
10.5 | 8.5 | 10.3125″ | 26.2 |
11 | 9 | 10.5″ | 26.7 |
11.5 | 9.5 | 10.6875″ | 27.1 |
12 | 10 | 10.875″ | 27.6 |
Saiz Kasut Untuk Kanak-kanak (7-12 tahun)
Ni untuk saiz kasut anak bagi umur 7 hingga 12 tahun. Standard saiz je bagi lelaki mahupun perempuan
US Sizes | UK Sizes | Inches | Centimeter |
---|---|---|---|
3.5 | 2.5 | 8.625″ | 21.9 |
4 | 3 | 8.75″ | 22.2 |
4.5 | 3.5 | 9″ | 22.9 |
5 | 4 | 9.125″ | 23.2 |
5.5 | 4.5 | 9.25″ | 23.5 |
6 | 5 | 9.5″ | 24.1 |
6.5 | 5.5 | 9.625″ | 24.4 |
7 | 6 | 9.75″ | 24.8 |
Saiz Kasut Untuk Kanak-kanak (4-7 tahun)
Ni pula saiz kasut anak bagi umur 4 hingga 7 tahun. Saiz Kasut standard je bagi lelaki mahupun perempuan
US Sizes | UK Sizes | Inches | Centimeter |
---|---|---|---|
10.5 | 27 | 6.625″ | 16.8 |
11 | 28 | 6.75″ | 17.1 |
11.5 | 29 | 7″ | 17.8 |
12 | 30 | 7.125″ | 18.1 |
12.5 | 30 | 7.25″ | 18.4 |
13 | 31 | 7.5″ | 19.1 |
13.5 | 31 | 7.625″ | 19.4 |
1 | 32 | 7.75″ | 19.7 |
1.5 | 33 | 8″ | 20.3 |
2 | 33 | 8.125″ | 20.6 |
2.5 | 34 | 8.25″ | 21 |
3 | 34 | 8.5″ | 21.6 |
Tips Mengukur Saiz Kaki

Sumber: Airfrov
Masa terbaik untuk mengukur saiz kaki adalah pada waktu petang. Ini kerana saiz kaki mencapai saiz yang paling baik dan tepat pada waktu petang. Ukur saiz kaki ketika petang dianggap paling sesuai untuk menentukan saiz kasut sebenar.
Tips Membeli Saiz Kasut Online
Pastikan anda membaca review terlebih dahulu sebelum membeli saiz kasut dekat online. Ini kerana dari review itu anda akan tahu lebih detail lagi mengenai kasut tersebut. Sebab akan ada yang bercerita tentang saiz kaki diorang untuk padankan dengan saiz kasut yang mana.
Kalau nak tahu tukaran kaki ke meter boleh baca: 1 Kaki Berapa Meter Dan 1 Meter Berapa Kaki