
Assalamualaikum, Penggunaan Kanta Lekap Kini Sangat Popular, Bukan Sahaja Di Kalangan Mereka Yang Bekerjaya, Bahkan Pelajar Sekolah Juga Sudah Mula Berjinak-jinak Dengan Kanta Lekap. Ada Yang Menggunakan Kanta Lekap Kerana Masalah Penglihatan, Tidak Kurang Juga Yang Memakai Sebab Ingin Kelihatan Cantik. ð Pemakaian Kanta Lekap Kena Berhati-hati. Jika Tersilap Langkah, Ia Boleh Menyebabkan Mata Boleh Menjadi Buta. Namun Tidak Semua Individu Yang Boleh Menggunakan Kanta Lekap. Ada Sesetengah Individu Yang Tidak Sepatutnya Menggunakan Kanta Lengkap Langsung Ialah: Individu Yang Menghadapi Masalah Dalam Mata Atau Kornea Individu Yang Menghadapi Masalah Mata Kering Individu Yang Mempunyai Alahan / Alergi Individu Yang Mengalami Masalah Mata Seperti Glaukoma Individu Yang Menghidap Penyakit Diabetes. Bagi Yang Ingin Menggunakan Kanta Lekap, Jom Cuba Praktik Tip Di Bawah Ini Yer. ð Tip Menggunakan Kanta Lekap Dengan Betul: Mendapatkan Pemeriksaan Mata Menyeluruh Untuk Menilai Keadaan Mata Bagi Memastikan Tiada Sebarang Masalah Patologi Atau Keabnormalan Pada Keseluruhan Sistem Visual. Pemeriksaan Ini Penting Bagi Menentukan Kesesuaian Pemakaian Kanta Lekap. Pemakai Kanta Lekap Perlu Melalui Proses Pemilihan Dan Pemadanan Kanta Lekap Terlebih Dahulu Oleh Individu Yang Bertauliah Iaitu Pakar Mata, Ahli Optometri Dan Juru Optik Yang Mempunyai Permit Kanta Lekap Sahaja. Pemakai Perlu Faham Serta Patuh Dengan Arahan Yang Telah Diberikan Seperti Cara Pemakaian Dan Penjagaan Kanta Lekap..
Di kongsi oleh fatimah tony