
By Hari Ini Berlangsung 5 Lagi Perlawanan Bola Sepak Liga Super 2016. Pada Hari Semalam, (Jumaat) Pasukan Kelantan Yang Menentang Sarawak Buntu Apabila Kedua-dua Pasukan Mencatat Keputusan Seri 2-2. Pasukan Kelantan Selaku Tuan Rumah Yang Memiliki Kelebihan Beraksi Di Gelanggang Keramat Stadium Sultan Muhammad IV Hampir Diaibkan Apabila Pasukan Sarawak Berjaya Mendapatkan Gol Awal. Walaupun Pasukan Kelantan Masih Belum Tumpas Namun Keputusan Ini Pastinya Tidak Menggembirakan Penyokong Mereka Yang Inginkan Kemenangan. Pasukan Sarawak Pula Pasti Lega Mendapatkan Mata Pertama Dari 3 Perlawanan Terdahulu. Bagi Perlawanan Hari Ini Pula Pasukan Terengganu Akan Menentang Johor DT Di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Pasukan Terengganu Pasti Ingin Mendapatkan Mata Penuh Tetapi Bukan Satu Tugas Mudah Menentang Juara Bertahan Yang Baharu Sahaja Membelasah Pasukan Ayeyawady United Dalam Saingan Piala AFC Baru-baru Ini. Pasukan Pahang Pula Akan Menanti Kunjungan Selangor Di Stadium Darul Makmur. Pasukan Pahang Yang Berada Di Tangga Terbawah Liga Pasti Ingin Mencalar Rekod Bekas Jurulatih, Zainal Abidin Hasan. Sudah Pasti Kemenangan Akan Dicari Oleh Pasukan Pahang Manakala Selangor Pasti Ingin Mendapatkan Mata Maksimum Bagi Merapatkan Jarak Dengan Pendahulu Liga Super. Pasukan Felda United Yang Menerajui Takhta Akan Melayan Kunjungan T-Team Di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Pastinya Felda Ingin Meneruskan Mata Bersih Yang Diperolehi Dari 2 Perlawanan Terdahulu Manakala T-Team..
Di kongsi oleh ZOol Ligakampung