
Sunday, 20 September 2015 Viralkan : Tweet Kisah Hidup Tentang Pengasas Apple Inc, Steve Jobs, Kini Untuk Kali Kedua Difilemkan. Filem Yang Pertama Adalah Jobs Dengan Membawa Ashton Kutcher Sebagai Steve Jobs Yang Ditayangkan Pada 2013. Sayangnya Filem Ini Gagal Mendapat Pujian Kerana Dianggap Terlalu Terburu-buru Untuk Mengejar Saat-saat Pemergian Steve. Kegagalan Filem Pertama Tak Membuat Danny Boyle Takut Untuk Membuat Filem Tentang Steve Jobs Dengan Cara Tersendiri. Pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Oscar Melalui Filem Slumdog Millionaire Ini Baharu Saja Melancarkan Filem Steve Jobs Dan Watak Steve Dibawakan Oleh Michael Fassbender. Berbeza Dengan Fielm Pertama, Steve Jobs Mendapat Pujian Dari Pelbagai Pihak. Salah Saeorang Yang Memberikan Pujian Adalah Rakan Kepada Steve Jobs Yang Juga Merupakan Pengasas Bersama Apple, Steve Wozniak. "Saya Menonton Beberapa Potongan Filem Ini Dan Saya Merasa Seperti Sedang Menonton Steve Jobs. Saya Memberikan Kredit Penuh Untuk Danny Boyle Dan Andy Sorkin Yang Membuatnya Betul-betul," Ujar Steve Wozniak. Sebelum Ini, Steve Wozniak Melahirkan Rasa Kecewa Dengan Filem Jobs Yang Dibintangi Ashton Kutcher. Menurut Wozniak, Banyak Benda Yang Salah Di Dalam Filem Tersebut Yang Diarahkan Oleh Joshua Michael Stern Dan Tidak Nampak Kebenarannya. Sementara Itu, Karakter Wozniak Dalam Steve Jobs Pula Dibawakan Oleh Seth Rogen. Filem Ini Akan Ditayangkan Serentak Di Amerika Syarikat Pada 9 Oktober Akan Datang. Tag : Artis..
Di kongsi oleh mrtulis