Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, Bukan Nama Baru Yang Perlu Diperkenalkan, Malah Beberapa Tahun Lepas, Beliau Menggemparkan Negara Dengan Kehandalan Dan Kepantasan Melakukan Kerja Pengiraan Matematik. Kini Pada Usia 16 Tahun, Adi Masih Meneruskan Minatnya Dalam Ilmu Matematik Dan Turut Mencurahkan Ilmunya Di Dalam Dan Luar Negara, Tetapi Perlu Berdikari, Kerana Kini Dipinggir Dan Segala Janji Yang Pernah Ditabur Kerajaan Tidak Ditepati. Remaja Yang Pernah Dinobatkan Sebagai Tokoh Matematik Islam Abad Ini Oleh Universiti Riau, Indonesia Pada 2009 Setakat Ini Menghasilkan 235 Formula Matematik Dan Membukukan 12 Formula Tersebut Dalam Sebuah Bukunya Berjudul Seni Matematik Islam. Malangnya, Buku Yang Menjadi Rujukan Pelajar Di Peringkat Rendah Dan Menengah Di Brunei Darussalam Itu, Tidak Mendapat Pengiktirafan Di Malaysia Walaupun Ternyata Memberi Alternatif Untuk Memudahkan Pelajar. Tokoh Matematik Islam Abad Ini, Adi Putra Abd Ghani Yang Kini 16 Tahun Dijanjikan Pelbagai Perkara Oleh Kerajaan, Segalanya Hanya Tinggal Janji. âSaya Lancarkan Buku Itu Di Pesta Buku Antarabangsa Pada November 2011 Di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas Pelancaran, Saya Mula Guna Buku Itu Mengajar Di Brunei. "Kerajaan Brunei Ambil Buku Itu Sebagai Rujukan Untuk Sekolah Rendah Dan Menengah," Katanya Ketika Ditemui The Malaysian Insider Di Kediamannya Di Tanjung Malim, Perak. âSaya Kecewa Juga, Sebab Kalau Boleh, Kita Hendak Kongsi Ilmu Kita Dengan Anak Bangsa, Negara Kita. Itu Yang Kita Utamakan..
Di kongsi oleh Prince of Noob