Quantcast
Channel: BLOGR.MY
Viewing all articles
Browse latest Browse all 22188

Bicara Rakyat: Ko Islamkan Diri Tu Dulu

$
0
0
Bicara Rakyat: Ko Islamkan Diri Tu Dulu

Semalam lepas isyak aku ambil keputusan untuk lepak di warung kopi tempat port kawan kawan dari perbagai aliran anutan politik. Yang membuatkan kitaorang boleh minum bersama hanyalah kerana kami berimamkan satu imam di masjid. Itu menjadi penyelamat kepada hubungan kariah di sini.Dalam dok lepak bersembang perbagai isu ada satu mamat dari luar datang join sekali. Dia ni kenalan kepada Haji Mat salah sorang rakan kami ni. Mungkin dia baru balik dari mana mana ceramah politik kot, itu yang membuatkan sebaik sahaja sampai tanpa bersalam dan bagi ucap salam kepada kami disini dia terus bukak citer pasal pempimpin umno yg korup.Haji Mat tengok aku sambil tersenyum. Mungkin Haji Mat faham kot lepas ni ada rakan rakan yang akan campur tangan dalam perbualan tu. Aku pun balas senyuman Haji Mat sambil beri isyarat supaya beri peluang pada rakannya untuk menghabiskan kutukan kutukannya itu sepuas hati.Rakan rakan kariah yang lain ada yang malas nak dengar cacian dari Kulop ni dan ada pula yang berbual bual sesama mereka. Aku terus menumpukan perhatian kepada kutukan Kulop. Bukan apa sebab aku nak tahu apa sebenarnya yang dia tak puas hati. Antara lain kata Si Kulop ni dia amat hairan kenapa masih ada lagi ahli ahli umno yang masih bersolat di masjid tapi masih terus duduk didalam umno. Kata nya lagi, " Mereka tak faham ke bahawa menyokong umno boleh menyebabkan murtad?"Wah wah.... Sedap betul mulut si kulop ni mengata orang umno. Salah sorang dari rakan yang duduk disebelah aku dah tak boleh tahan lagi. Dia pun membalas dalam bentuk soalan. Lop.. Katanya... Kenapa pulak boleh jadi murtad kalau duduk dalam umno?Kulop menjawab... Mestilah jadi murtad sebab umno tak laksana hudud.Kawan aku ni Man namanya bertanya lagi. Habis tu Pas pun tak laksana hudud macamana pulak?Kulop yang petah menjawab berkata, kami dalam pas memang nak laksana hudud tapi kerajaan Barisan Nasional yang ugut tak benarkan kami buat. Man tanya lagi, habis tu melayu yang masuk dalam Dap tu tak pulak ko murtadkan sedangkan Dap pun menolak hudud?Kali ni kulop memang terkena. Dia terdiam..... Hahaha.... Dah masuk perangkap....Man tanya lagi.... Lop... Masa bila pulak BN tak benarkan Pas buat hudud di kelantan atau kedah? Setahu aku pas sendiri pun masih belum siapkan sepenuhnya kertas cadangan perlaksanaan hudud. Macamana nak teima kalau kertas cadangan tunpun yak lengkap. Contohnya ada tak pas sebut dalam kertas cadangan tu bagaimana perlaksanaan tu hendak dijalankan, Siapa yang boleh menghukum, siapa yang layak menangkap, kalau hudud tak dapat dikenakanatas sebab tak cukup saksi bagaimana pulak qias boleh dijalankan atas fakta bukti.Terdiam lagi Kulop. Kulop dah berpeluh peluh kali ni. Lop... Sergah man lagi. Ko ni kalau nak bawak cerita dongeng kalau boleh jangan le buat muka serius dan mengamuk ngamuk seolah cerita ko tu macam betoi je. Lain kali datang bagi salam. Kemudian bersalam dengan kami semua disini. Jangan datang sergah tak tentu pasal. Cara ko tu pun langsung tak bercirikan islam yang ko hendak tu. sebelum ko nak islamkan negara ni, aku cadangkan ko islamkan diri ko tu dulu, Man akhiri nasihatnya kepada Kulop. ..

Di ping oleh Budakbenteng


Viewing all articles
Browse latest Browse all 22188