![[PUISI] PERMATA MALAYSIA](http://lh3.googleusercontent.com/-d6Vn9HT7AWY/AAAAAAAAAAI/AAAAAAAABmo/gI6NuGaMIus/photo.jpg)
Permata Malaysia Atur Langkahmu Agar Tidak Goyah Terus Mencari Sinar Pasti Ke Ufuk Mana Sekalipun Kan Temui Jayanya Permata Malaysia Usah Peduli Sengketa Di Jiwa Diusik Panorama Asing Tajam Meruncing Tusuk-menusuk Mata Tanpa Iman Gahkan Diri Ayuh Segera Genggam Kembali Pusaka Bangsa Permata Malaysia Usah Alpa Rakus Mengejar Darjat Lalu Meratah Jiwa Insan Kerana Kau Juga Mereka Milik Yang Maha Kuasa Permata Malaysia Hayun Langkah Gagahmu Capai Impian Bukan Angan-angan! Lantas Dirimu Tak Ditindas Oleh Manusia Yang Mengaku Sempurna Kerana Kau Juga Seperti Mereka Milik Yang Maha Kuasa Hiruplah Pengajaran Silam Biar Dirimu Mengerti Arus Kehidupan Bukan Seperti Moyangmu! Berpecah Jadi Musuh Saudara Sendiri Buat Wira Merdeka Jadilah Pewangisejarah Nusa Buat Pengkhianat Jadilah Debu Yang Berterbangan Dibawa Angin Penyesalan Hilang Dari Cermin Kehidupan Permata Malaysia Dirimu Bertuah Telah Hadir Anak Malaysia Membuka Keamanan Dan Kesejahteraan Buat Dirimu Sedarlah Keturunanmu Bukan Pengecut Tapi PEJUANG Watan Tercinta Bersama Percikan Darah Suci Mulia Permata Malaysia Ingat-ingat Dirimu Di Mana Di Mana? Dirimu Siapa? Sajak Yang Saya Cipta 15 Tahun Yang Lepas Semasa Di Tingkatan Enam. Kenangan Yang Cukup Indah Hadir Semula Apabila Saya Menyiarnya Di Blog Ini...
Di kongsi oleh papafatma