
Harapan Yang Diberikan Amat Tinggi - Dan Apple Tidak Mengecewakan Peminatnya Dengan Pengumuman Bukan Hanya Dua Model IPhone Terbaru, Malah Turut Memperkenalkan Apple Watch Yang Amat Dinanti-nantikan Peminatnya. Berucap Di Flint Center For The Performing Arts Di Cupertino, California Di Mana Tempat Yang Sama Steve Jobs Memperkenalkan Buat Pertama Kali Komputer Apple Macintosh Yang Pertama 30 Tahun Lalu, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook Mendakwa Model IPhone Terbaru Ini Adalah ''pencapaian Terbesar IPhone Dalam Sejarah Perkembangannya''. Timbalan Presiden Apple, Phil Schiller Turut Senada Di Atas Pentas Yang Sama Dengan Mendakwa Telefon Pintar Ini Adalah 'telefon Pintar Terbaik Yang Pernah Dihasilkan'. IPhone 6 Memiliki Paparan 4.7 Inci Manakala 'saudaranya' Pula IPhone 6 Plus Mempunyai Paparan 5.5 Inci. Kedua-duanya Jauh Lebih Besar Berbanding IPhone Keluaran Sebelumnya IPhone 5S Yang Paparannya Hanya 4 Inci. Setiap Satu Model Terbaru Ini Didatangkan Dengan Kapasiti Storan Mengikut Pilihan Pengguna Dari 16GB, 64GB Dan 128GB. Turut Diperkenalkan, Apple Watch, Idea Asli Terbaru Apple Semenjak IPad Pada Tahun 2010. Apple Watch Didatangkan Dalam Tiga Versi. Apple Watch Sport, Apple Watch Standard Dan Apple Watch Edisi Mewah (luxury Edition) Yang Disalut Dengan Emas 18 Karat. Setiap Jenis Model Mempunyai Dua Pilihan Dimensi Saiz, 38 Mm Dan 42 Mm. Dari Kiri Ke Kanan; Apple Watch Sport, Apple Watch Dan Apple Luxury Edition Menurut Tim Cook Lagi, Apple Watch Bakal Mengubah Cara Kita Berinteraksi..
Di kongsi oleh Hairan Teknologi